Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara ‘putih mata’ lesap RM540,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
  • JENAYAH

Pesara ‘putih mata’ lesap RM540,000 terpedaya pelaburan tidak wujud

Utusan Sarawak 7 months ago

'Jangan melabur melalui media sosial," - Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata

KUCHING: Seorang pesara berusia 60-an telah ditipu RM540,000 kerana terperdaya dengan pelaburan tidak wujud di internet.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata mangsa menerima tawaran pelaburan melalui iklan media sosial pada pertengahan Jun lalu dan suspek menghubungi mangsa melalui aplikasi WhatsApp untuk berurusan dengan pelaburan itu.

“Mangsa tertarik dengan pulangan yang lumayan dan kemudian memindahkan wangnya dalam 24 transaksi ke dalam sembilan akaun berbeza.

“Mangsa hanya menyedari dia telah ditipu apabila gagal menghubungi suspek selepas dia memindahkan wang itu. Dia tidak menerima sebarang keuntungan,” katanya.

Mancha mengingatkan orang ramai agar tidak melabur melalui media sosial, dan sepatutnya perlu melalui saluran atau institusi kewangan yang sah jika ingin melabur. 

Katanya, mereka boleh mengesahkan organisasi pelaburan dengan pihak berkuasa.

Continue Reading

Previous: Fazura sedih dengan penceraian namun ia keputusan terbaik
Next: Maritim tahan dua vesel, 10 rakyat Vietnam di perairan negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.