Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya ‘phone scam’
  • JENAYAH

Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya ‘phone scam’

Utusan Sarawak 11 months ago

JOHOR BAHRU: Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket “phone scam” atau penipuan melalui panggilan telefon.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, wanita berusia 60 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai polis dari Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Beliau berkata, individu itu mendakwa mangsa tersenarai antara suspek yang akan ditahan bagi kes penggubahan wang haram dan segala aset serta wang miliknya akan dibekukan.

“Suspek meminta mangsa untuk menyerahkan maklumat perbankan akaun milik mangsa bagi tujuan kononnya untuk siasatan pihak Jabatan Audit Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa juga membuat pindahan wang ke dua akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM66,050 pada bulan lepas.

“Pada 3 Jun, mangsa membuat semakan melalui sistem perbankan atas talian dan mendapati terdapat pengurangan wang sebanyak RM244,945.78 dalam akaun bank milik mangsa. Jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM310,995.78,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Anak Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah terima rasuah RM100,000
Next: Rasuah lebih RM1 juta: Tiga termasuk pendaftar perkahwinan direman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.