Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Pesara maut selepas kereta rempuh tiang lampu
  • KEMALANGAN

Pesara maut selepas kereta rempuh tiang lampu

Utusan Sarawak 19 hours ago

KERETA dipandu pesara terbabit hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu.

KUCHING: Seorang pesara perkhidmatan awam berusia 61 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di Kilometer 2, Jalan Bau-Lundu, berhampiran Hospital Bau, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, mangsa berasal dari Kampung Stenggang, Bau, memandu bersendirian ketika kemalangan berlaku kira-kira 7.25 malam.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari pekan Bau menuju ke rumahnya di Kampung Stenggang apabila tiba-tiba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya sebelum merempuh tiang lampu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Petugas perubatan dari Hospital Bau mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira 7.50 malam.

Menurut Mohd Haide, kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada bahagian fender kiri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan melulu atau berbahaya.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kakitangan KDN Brunei maut, seorang cedera kemalangan di Limbang
Next: Dua beradik maut dalam kemalangan kereta dan lori tangki minyak di Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.