Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara jurutera di Sibu rugi RM224,403 terjerat pelaburan tidak wujud  
  • JENAYAH

Pesara jurutera di Sibu rugi RM224,403 terjerat pelaburan tidak wujud  

Utusan Sarawak 3 days ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU…..ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Seorang pesara jurutera syarikat swasta kerugian RM224,403 selepas dipercayai terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang lelaki tempatan berumur dalam lingkungan 60-an.

Menurutnya, pada 9 April lalu, mangsa telah melayari laman Instagram dan berminat untuk menyertai pelaburan saham dikenali sebagai Investment Stock Market.

“Mangsa kemudiannya diberi penerangan mengenai pelaburan tersebut oleh dua individu yang mengaku sebagai wakil syarikat KKR Investment melalui aplikasi WhatsApp. Mereka mendakwa pelaburan itu mampu memberikan pulangan lumayan dengan mudah. Sekiranya bersetuju, mangsa diminta memuat turun aplikasi KKR Investment bagi tujuan pendaftaran.

“Mangsa juga dimaklumkan segala keuntungan terkumpul dan stok market boleh disemak melalui aplikasi tersebut,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Zulkipli berkata, bermula dari 9 April hingga 7 Mei, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak 11 kali transaksi secara kesuluruhan sejumlah RM224,403 ke dalam empat akaun tempatan yang berlainan. 

“Setelah pemindahan wang berjaya dibuat, mangsa menghubungi suspek bagi mendapatkan wang keuntungan terkumpul hasil pelaburan sebanyak RM750,000.  

“Namun suspek memaklumkan bagi pengeluaran keuntungan, mangsa dikehendaki membayar cukai sebanyak RM100,700 terlebih dahulu.

“Mangsa berasa curiga lalu hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 420 kanun keseksaan,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tertipu iklan Facebook, lelaki kehilangan RM900,000
Next: JSJ lakar tiga kejayaan besar tangani jenayah rentas sempadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.