Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara di Miri rugi RM1,540,458 terjerat iklan pelaburan
  • JENAYAH

Pesara di Miri rugi RM1,540,458 terjerat iklan pelaburan

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang pesara swasta mengalami kerugian sebanyak RM1,540,458 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian yang ditawarkan melalui iklan di laman Google.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an, telah melihat iklan pelaburan tersebut dan menekan pautan yang disediakan.

Menurutnya, mangsa kemudian berhubung dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai “Susan” melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun bank berbeza seperti yang diarahkan suspek, dengan jumlah keseluruhan mencecah RM1,540,458, kononnya untuk tujuan pelaburan saham,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Farhan berkata, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila suspek mula memberi pelbagai alasan setiap kali mangsa cuba menuntut pulangan pelaburan yang dijanjikan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Three arrested over rioting incident at grocery store in Batu Kawah
Next: Rampasan dadah RM164,432, pemuda Miri ditahan jaga stor dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.