Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pesara antara 40 individu dikesan positif dadah
  • JENAYAH

Pesara antara 40 individu dikesan positif dadah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AGENSI Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak telah melaksanakan Ops Perdana / Ops Bersepadu di Daerah Kecil Sungai Asap Belaga melibatkan tiga AADK daerah iaitu Sibu, Sarikei dan Bintulu. Foto Facebook AADK Sarawak

SIBU: Seorang pesara swasta berusia 56 tahun antara 40 individu dikesan positif dadah jenis methamphetamine dalam Operasi Perdana/Bersepadu yang dijalankan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak selama dua hari di Skim Penempatan Semula Sungai Asap, Belaga.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Sarawak Mohamed Izuan Abdul Rahman berkata kesemua 40 individu itu terdiri daripada 34 lelaki dan enam wanita berusia antara 19 hingga 56 tahun.

“Kesemuanya tidak mempunyai rekod penyalahgunaan dadah. Mereka akan dibawa ke mahkamah litar di Belaga untuk mendapatkan perintah di bawah Seksyen 6(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283), sebaik sahaja laporan patologi dikeluarkan.

“Perintah mahkamah diperlukan bagi menentukan sama ada mereka perlu menjalani rawatan dan pemulihan dalam institusi atau menerusi program komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Izuan berkata pihaknya percaya bekalan dadah itu diperoleh daripada pembekal di sekitar kawasan skim penempatan berkenaan.

Operasi yang bermula pada Khamis itu, katanya melibatkan pegawai dan anggota AADK dari Sibu, Sarikei dan Bintulu serta pasukan daripada Jabatan Imigresen Bahagian Kapit.

Beliau berkata sembilan pendatang tanpa izin turut ditahan menerusi operasi terbabit dan operasi itu adalah usaha berterusan AADK Sarawak dalam memperkukuh tindakan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan dadah khususnya di kawasan berisiko tinggi termasuk di pedalaman negeri. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Penyanyi Tamil tempatan, ibu maut terjatuh kondo
Next: Lelaki maut ditembak, rakan bawa ke balai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.