Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pesan makanan untuk rakyat di Indonesia, kebaikan orang Malaysia raih pujian
  • SEMASA

Pesan makanan untuk rakyat di Indonesia, kebaikan orang Malaysia raih pujian

Utusan Sarawak 1 day ago
PROTES di hadapan ibu pejabat Brimob di Jakarta pada 29 Ogos lalu. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Tindakan rakyat Malaysia yang tampil menghulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia menerusi pesanan makanan dalam talian mendapat pujian dan penghargaan daripada warganet, sekali gus mencerminkan semangat persaudaraan serumpun yang erat antara kedua-dua negara.

Tanpa mengira sempadan geografi, rakyat Malaysia mengambil inisiatif menukar lokasi aplikasi penghantaran makanan ke beberapa bandar utama di Indonesia untuk membuat pesanan, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk diedarkan kepada rakyat yang terkesan dengan demonstrasi di negara itu baru-baru ini.

Seorang pengguna aplikasi Thread @dwi507 menzahirkan rasa terharu dengan tindakan itu, menyifatkannya sebagai bentuk kasih sayang yang besar daripada rakyat Malaysia terhadap Indonesia.

“Pagi-pagi dibuat nangis sama kawan-kawan Malaysia. Terima kasih banyak Malaysia, jujur makin mikir mau nulis apa malah makin nangis saya.

“Allah SWT balas segala kebaikan kalian dan insya-Allah jadi ladang pahala untuk kalian semua amin. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya.

Seorang lagi warganet Indonesia @lrspusp menerusi video TikTok berkata tindakan rakyat Malaysia itu jelas menunjukkan semangat kejiranan serantau.

“Mereka memesan makanan untuk diberikan kepada pemandu Grab ataupun Gojek di Jakarta. Terima kasih banyak kepada rakyat Malaysia yang sudah sokong Indonesia,” katanya.

Selain itu, pengguna media sosial @kikihamelia berkongsi walaupun rakyat kedua-dua negara sering berbalah mengenai sukan, rendang dan batik, namun di saat Indonesia sedang berduka, ramai rakyat Malaysia yang sudi menghulurkan bantuan.

“Tapi saat ini Indonesia sedang berduka, banyak banget Malaysian bantu dengan support peniaga di sini untuk di bagi kepada yang memerlukan.

“Kayak sekarang, Indonesia sedih Malaysia ikut sedih, persis kelakuan adik-beradik. Sekali lagi terima kasih yaaa teman teman Malaysia,” katanya.

Sementara itu, seorang warganet Malaysia melalui akaun Facebook memaklumkan beliau menyumbang Rp100,000 (RM25) sebagai solidariti untuk rakyat Indonesia.

“Saya pilih lokasi kota Surabaya kerana kota ini dekat pada hati saya. Kita boleh bantu pekerja ojek dengan salur ordered makanan atau keperluan isi rumah melalui apps Grab Food, hanya tukar lokasi ke Indonesia (bandar pilihan yang ada rusuhan, mereka sekarang susah mendapat job).

“Drop off boleh pilih masjid lobby terdekat dan remark ‘tidak perlu dihantar, buat mereka makan atau guna sendiri barangan itu’. I do my part, Malaysia ku makmur sejahtera, semoga jiran kita cepat sembuh daripada lukanya,” menurut akaun Facebook itu.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak raikan Temasya Warisan Pahang 2025
Next: Kapasiti terminal SARA ditingkatkan 60 peratus, fokus atasi isu transaksi perlahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.