Pesalah dadah berulang dipenjara lima tahun, dua sebatan

Facebook
WhatsApp
SEORANG lelaki tempatan dipenjara lima tahun beserta dua sebatan atas kesalahan dadah berulang.

SERIAN: Ketua Polis Daerah Serian Supt Freddy Bian Stanislaus Bian berkata seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun satu bulan dan dua sebatan atas kesalahan dadah berulang.

Beliau berkata lelaki berkenaan turut diperintahkan menjalani Perintah Pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Tertuduh disabitkan di Mahkamah Sesyen 4 Kuching mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 39C(1) akta sama bagi kesalahan berulang.

“PDRM, khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian, akan mengambil tindakan tegas terhadap pengedar serta pengguna dadah yang melakukan kesalahan berulang di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.