Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Perutusan: Semangat perpaduan teras masa depan Sarawak
  • TEMPATAN

Perutusan: Semangat perpaduan teras masa depan Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

KUCHING: Semangat perpaduan, kekeluargaan dan tanggungjawab bersama perlu terus menjadi teras utama dalam membina masa depan Sarawak, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas 2025, Dr Sim berkata Krismas merupakan detik istimewa apabila rakyat tanpa mengira latar belakang kembali berkumpul bersama keluarga, sahabat dan insan tersayang untuk berkongsi kegembiraan, menjamu selera serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Menurutnya, suasana ini mencerminkan keunikan serta kekuatan masyarakat Sarawak yang bersatu sebagai Anak Sarawak.

“Krismas mengingatkan kita tentang nilai perpaduan dan kekeluargaan yang menjadi kekuatan Sarawak. Inilah asas yang menjadikan masyarakat kita kukuh dan harmoni,” katanya.

Dr Sim berkata Sarawak pada 2025 jauh berbeza berbanding sedekad lalu, apabila negeri ini kini menjadi tumpuan serta rujukan di peringkat nasional.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua rakyat Sarawak agar memainkan peranan masing masing dan menyumbang mengikut kemampuan demi kemajuan bersama.

“Kita perlu duduk sejenak dan berfikir apa yang boleh saya lakukan untuk Sarawak dan apa yang boleh kita lakukan bersama untuk Sarawak,” katanya.

Beliau menambah bahawa musim perayaan ini merupakan masa untuk mengumpul semula tenaga supaya rakyat Sarawak dapat melangkah ke 2026 dengan semangat baharu untuk terus membina negeri ini.

“Ini adalah masa untuk kita pulihkan tenaga supaya apabila melangkah ke 2026, kita memulakan semula dengan semangat pembinaan Sarawak,” katanya.

Dr Sim turut menekankan aspirasi jangka panjang Sarawak menjelang 2030, selari dengan usaha membangunkan negeri yang lebih maju, berdaya saing dan makmur untuk generasi akan datang.

Beliau turut mendoakan agar semua rakyat Sarawak dikurniakan kesihatan yang baik supaya dapat terus menyumbang kepada agenda pembangunan dan pembinaan Sarawak.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Krismas wadah perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia
Next: Eksklusif: Demi kasih sayang, perjalanan jauh tidak jadi halangan sambut Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.