Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perutusan: Jadikan Hari Gawai landasan kerjasama jayakan agenda pembangunan – Abang Johari
  • SEMASA

Perutusan: Jadikan Hari Gawai landasan kerjasama jayakan agenda pembangunan – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 days ago

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru masyarakat Dayak agar menjadikan sambutan Hari Gawai sebagai landasan untuk memperkukuh perpaduan dan semangat kerjasama dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.

Dalam perutusannya sempena Hari Gawai Dayak 2025, beliau turut merakamkan ucapan Selamat Hari Gawai kepada seluruh warga Sarawak berketurunan Dayak yang meraikan perayaan tersebut. 

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar sambutan itu diraikan dengan penuh kegembiraan dan kebersamaan bersama keluarga tersayang, tidak kira di mana mereka berada.

“Hari Gawai merupakan perayaan penting masyarakat Dayak yang menjadi lambang identiti dan warisan budaya, hasil perjuangan pemimpin terdahulu seperti mendiang Datuk Sri Tra Zehnder.

“Perjuangan tokoh wanita tersebut ditegaskan bukan sekadar untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi terhadap Hari Gawai, malah turut bertujuan menjadikan perayaan itu sebagai simbol penyatuan serta pemerkasaan budaya dan ekonomi masyarakat Dayak di negeri ini,” katanya.

Mengakhiri perutusannya, Abang Johari berharap Hari Gawai dapat terus menjadi titik penyatuan yang mempererat hubungan dalam kalangan masyarakat Dayak, selaras dengan semangat muafakat dan perpaduan untuk menyumbang secara lebih bermakna kepada transformasi Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030.

Continue Reading

Previous: Gawai Dayak diraikan semua kaum, lambang perpaduan – ADUN Kabong
Next: Perutusan: Pandu dengan berhemah bila balik untuk sambut Gawai Dayak – TYT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.