Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Perutusan: Elak bersikap ektrem bila lontar pendapat di sosial media, boleh undang ancaman, hasutan – TYT
  • SEMASA

Perutusan: Elak bersikap ektrem bila lontar pendapat di sosial media, boleh undang ancaman, hasutan – TYT

Utusan Sarawak 5 months ago

KUCHING: Rakyat di negeri ini dinasihatkan supaya tidak sesekali memilih untuk bersikap ekstrem, khususnya dalam melontarkan pendapat di dalam medium sosial media kerana ia boleh mengundang

ancaman, hasutan dan kerisauan dalam masyarakat.

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sikap dan perbuatan sedemikian jelas sekali tidak diterima dalam

kalangan masyarakat Sarawak kerana ternyata ia merugikan.

“Ia boleh menyumbang kepada keruntuhan perpaduan dalam sosio

budaya masyarakat majmuk di wilayah yang berdaulat ini.

“Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, kita semua mempunyai

tugas dan peranan dalam mengekalkan keselamatan secara

umum lebih-lebih lagi dalam kelompok masyarakat majmuk.

“Justeru, kita semua perlu terus cakna dan berwaspada terhadap

risiko-risiko ancaman seperti jenayah siber, penyebaran berita

palsu, dan apa-apa tindakan yang boleh menggugat

keharmonian masyarakat kita,” katanya dalam Perutusan Khas sempena sambutan Hari Krismas yang disambut esok.

Wan Junaidi berkata perayaan Hari Natal atau Hari Krismas juga saatnya untuk saling menyelami nilai berkasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon pengampunan, dan mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus ikhlas antara kita.

Pada kesempatan ini, beliau menzahirkan setinggi penghargaan 

kepada semua rakyat Sarawak yang kekal rukun dan terus bersatu

hati dalam menjaga keharmonian yang dibina sekian lamanya,

sehingga Sarawak diabadikan sebagai sebuah wilayah yang

aman dan makmur untuk semua tanpa mengira latar budaya dan

bangsa.

“Masyarakat Sarawak cukup terkenal seantero dunia dengan

semangat perpaduan yang luar biasa, walaupun terdiri daripada

pelbagai kaum, agama, dan budaya.

“Dalam kontek kita di Sarawak, setiap perbezaan kehidupan,

budaya dan kepercayaan, tidak seharusnya mengasingkan kita

kerana rasa hormat dan meraikan perayaan daripada kaum lain

akan membuat kita lebih menghargai serta memerlukan satu

sama lain yang akan melahirkan sifat bantu-membantu dalam

banyak perkara.

“Konsep inklusiviti dalam kepelbagaian kaum inilah juga kekuatan

masyarakat Sarawak yang menjurus kepada penerapan nilai ‘satu

keluarga’.

“Saya sentiasa percaya kita semua telah menjadi satu keluarga

yang sentiasa menjaga kepentingan, kebajikan dan keperluan

keluarga yang lain. InsyaAllah di atas sokongan rakyat Sarawak,

kita akan kekal harmoni dengan menghormati budaya, cara

hidup dan kepercayaan etnik lain.

“Sehubungan dengan itu, mari kita memaknai peri pentingnya

bersatu dalam menghadapi cabaran yang pelbagai dan

meraikan perbezaan yang ada sebagai keindahan yang

mengukuhkan hubungan antara kita,” katanya.

Pada musim perayaan ini juga, Wan Junaidi turut mengucapkan terima

kasih kepada barisan pasukan keselamatan negara di Sarawak

termasuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan

Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam serta Unit

Penguatkuasaan dan Keselamatan Sarawak dan lain-lain agensi

yang terlibat.

Katanya, pasukan ini  sentiasa bersiap siaga memastikan

keterjaminan keselamatan dan kebajikan masyarakat terutama

sekali apabila berdepan dengan musim Monsun Timur

Laut pada ketika ini.

Beliau berkata, umum memahami perihal keselamatan merupakan elemen penting yang utama bagi memastikan kestabilan sesebuah

wilayah yang berdaulat.

“Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, kita semua mempunyai

tugas dan peranan dalam mengekalkan keselamatan secara

umum lebih-lebih lagi dalam kelompok masyarakat majmuk.

“Akhir kata, saya dan isteri serta keluarga ingin mengucapkan

Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu 2025 kepada

seluruh rakyat Sarawak. Salam Sarawak Maju Makmur,” katanya.

Continue Reading

Previous: Balik Krismas, elak umum perjalanan di media sosial tinggalkan rumah kosong
Next: Empat negeri dijangka hujan, ribut pada pagi Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.