Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Peruntukan tambahan RM20 juta untuk SMJKC – Anwar
  • PENDIDIKAN

Peruntukan tambahan RM20 juta untuk SMJKC – Anwar

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar pada Majlis Sumbangan Kasih MADANI Parlimen Tambun Sempena Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ramadan di Dewan Tang Ying See, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy hari ini. Foto BERNAMA

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) seluruh negara bagi menambah baik kemudahan dan keperluan asas sekolah.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata pemberian peruntukan itu sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh sektor pendidikan, serta memastikan kemudahan sekolah terus dipertingkatkan, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.

“Saya umumkan peruntukan tambahan RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina untuk menambah baik kemudahan asas dan keperluan sekolah,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Sumbangan Kasih MADANI Parlimen Tambun sempena Tahun Baharu Cina dan Sambutan Ramadan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina Yuk Choy, di sini hari ini.

Antara yang hadir ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri menegaskan bahawa sistem pendidikan perlu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, tetapi berdisiplin, berakhlak mulia, serta saling menghormati tanpa mengira kaum dan agama.

“Kita satu negara dengan pelbagai kaum dan agama. Pendidikan mesti mendidik supaya kita saling mengenali dan menghormati antara satu sama lain,” kata beliau. 

Pada majlis sama, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut menyampaikan sumbangan kepada wakil pelajar di kawasan parlimen berkenaan.

Kira-kira 3,000 pelajar sekitar Parlimen Tambun hadir memeriahkan majlis, yang diisi dengan pelbagai persembahan dan penyampaian sumbangan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Simbol ‘Qian Li Ma’ inspirasi pelajar SMK Tong Hua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.