Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Peruntukan sehingga RM40 juta disegerakan untuk latih penjawat awam bidang baharu – PM
  • NASIONAL

Peruntukan sehingga RM40 juta disegerakan untuk latih penjawat awam bidang baharu – PM

Utusan Sarawak 2 years ago
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada simbolik perasmian Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) pada majlis penyampaian anugerah AIPSA 2023 semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri). FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyegerakan penyaluran peruntukan di antara RM30 juta dan RM40 juta bagi melatih penjawat awam muda dalam bidang khusus serta baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan peralihan tenaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata latihan itu dilihat sebagai keperluan mendesak kerana negara amat bergantung kepada konsultan luar yang menelan kos tinggi.

Beliau berkata, dalam mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed baru-baru ini, beliau memutuskan supaya peruntukan mencukupi disalur bagi membolehkan penjawat awam muda diberikan latihan khas serta pendedahan sama ada di syarikat swasta atau universiti terkemuka.

“Lebih baik kita belanja lebih untuk melatih penjawat awam daripada menyelesaikan secara singkat dengan melantik konsultan asing dengan kos yang tinggi,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023 di sini, semalam.

Anwar berkata, beliau telah meminta KPPA untuk menyegerakan pelaksanaan latihan baharu kepada penjawat awam dan mengetepikan aturan birokrasi bagi mempercepat pencapaian matlamat dalam perkara itu.

Beliau berkata antara bidang lain yang boleh diteroka ialah transformasi digital, teknologi makanan, keselamatan siber, ketenteraan dan isu sempadan negara.

Anwar turut mengimbau kembali lawatannya ke Abu Dhabi pada Oktober lepas di mana beliau telah melawat Universiti Kecerdasan Buatan Mohamed bin Zayed (MBZUAI) yang khusus bagi bidang AI.

“Bagi negara kita, saya cadangkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk membuka Fakulti AI di UTM (Universiti Teknologi Malaysia) sebagai persiapan untuk beberapa tahun akan datang,” katanya.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan mewujudkan pusat pengajian AI pertama negara iaitu Fakulti AI di UTM dengan peruntukan awal RM20 juta bagi memperhebat penerokaan bidang itu merentas disiplin ilmu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal – KPDN
Next: SPR laksana proses kajian persempadanan semula bermula di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.