Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RTP RM200,000 naik taraf prasarana SK Sungai Pasir
  • WILAYAH

Peruntukan RTP RM200,000 naik taraf prasarana SK Sungai Pasir

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Majlis Penutupan Program Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Gemilang, SK Sungai Pasir, Nyabor, hari ini. Foto ADUN Kabong

KABONG: Sektor pendidikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong terus mendapat perhatian dengan peruntukan berjumlah RM200,000 bagi menaik taraf prasarana di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, berkata beberapa projek pembangunan telah dirancang untuk meningkatkan keselesaan pelajar dan guru di sekolah berkenaan.

“Antara projek utama termasuk naik taraf Bilik Pentadbiran SK Sungai Pasir bernilai RM100,000 melalui peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024, serta projek naik taraf struktur berbumbung SK Sungai Pasir bernilai RM100,000 menerusi peruntukan RTP 2025,” katanya.

Beliau menyampaikan ucapan semasa Majlis Penutupan Program Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Gemilang, SK Sungai Pasir, Nyabor, hari ini.

 ADUN Kabong, Dato Mohd Chee Kadir pada Majlis Penutupan Program Minggu Pertama Sesi Persekolahan 2026 yang berlangsung di Dewan Sri Gemilang, SK Sungai Pasir, Nyabor, hari ini. Foto ADUN Kabong

Pada majlis yang sama, Chee Kadir menyerahkan geran projek khas kerajaan Sarawak berjumlah RM112,790 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Pasir. Peruntukan ini bertujuan memastikan fasiliti sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa untuk warga sekolah.

Majlis yang diadakan ini juga memberi peluang kepada ADUN Kabong meninjau keadaan sekolah secara menyeluruh, termasuk asrama pelajar dan Dewan Sri Gemilang yang dikenalpasti uzur. Hasil tinjauan ini akan dijadikan panduan dalam merancang projek pembangunan infrastruktur pada masa akan datang.

Chee Kadir menekankan kepentingan penggunaan peruntukan secara berhemah dan berkesan oleh pihak pengurusan sekolah dan PIBG. Beliau berharap setiap perbelanjaan dapat memberi impak positif terhadap pembangunan dan kesejahteraan warga sekolah.

Selain itu, beliau merakamkan penghargaan kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan peruntukan tersebut. Langkah ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan sektor pendidikan di Sarawak.

Beliau turut menggesa semua pihak berkepentingan agar sentiasa mengambil inisiatif meningkatkan kualiti pendidikan dan kemudahan sekolah, sejajar dengan usaha kerajaan negeri menjadikan pendidikan sebagai teras pembangunan masyarakat.

Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan negeri, SK Sungai Pasir dijangka akan menikmati fasiliti yang lebih baik serta persekitaran pembelajaran yang selesa, sekali gus memberi motivasi kepada pelajar dan guru dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Naik taraf sistem perparitan di Saratok jadi keutamaan tangani banjir kilat
Next: Projek RTP DUN Tamin diserahkan kepada kontraktor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.