Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RTP diagih secara berfasa bantu naik taraf infrastruktur DUN Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

Peruntukan RTP diagih secara berfasa bantu naik taraf infrastruktur DUN Kalaka

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAUNSELOR Saee Ason telah mewakili ADUN Kalaka menghadiri program Pemeriksaan Akhir bagi Sijil Penyiapan Praktikal (CPC) serta majlis penyerahan projek tersebut kepada pihak sekolah.  Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menegaskan bahawa peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) diagihkan secara menyeluruh ke semua kampung, rumah panjang dan sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan keperluan rakyat dapat dipenuhi secara berperingkat melalui pelaksanaan projek pembangunan yang lebih tersusun.

Menurutnya, pendekatan itu dilaksanakan bagi memastikan setiap kawasan menerima manfaat pembangunan infrastruktur secara adil.

KAUNSELOR Saee Ason telah mewakili ADUN Kalaka menghadiri program Pemeriksaan Akhir bagi Sijil Penyiapan Praktikal (CPC) serta majlis penyerahan projek tersebut kepada pihak sekolah.  Foto: ADUN Kalaka

“Saya telah mengagihkan peruntukan tersebut ke semua kampung, rumah panjang dan juga sekolah agar keperluan rakyat di kawasan saya dapat dibantu dan dinaik taraf secara bergilir-gilir dan berfasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai projek pembinaan baharu Dewan Serbaguna Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Perpat yang dilaksanakan di bawah peruntukan RTP.

Terdahulu, Kaunselor Saee Ason telah mewakili beliau menghadiri program Pemeriksaan Akhir bagi Sijil Penyiapan Praktikal (CPC) serta majlis penyerahan projek tersebut kepada pihak sekolah.

KAUNSELOR Saee Ason telah mewakili ADUN Kalaka menghadiri program Pemeriksaan Akhir bagi Sijil Penyiapan Praktikal (CPC) serta majlis penyerahan projek tersebut kepada pihak sekolah.  Foto: ADUN Kalaka

Menurut Mohamad Duri, pembinaan dewan baharu itu menggantikan struktur lama yang telah usang dan tidak lagi sesuai digunakan oleh warga sekolah serta komuniti setempat.

Katanya, kemudahan baharu itu memberi keselesaan kepada murid dan guru selain boleh dimanfaatkan untuk pelbagai aktiviti sekolah dan komuniti.

Mohamad Duri menambah bahawa peruntukan RTP memainkan peranan penting dalam membantu menaik taraf kemudahan asas di kawasan luar bandar termasuk kampung dan rumah panjang.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada KMKK, Majlis Daerah Saratok, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran atas kerjasama membantu Pusat Khidmat ADUN Kalaka melaksanakan projek pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Makan Tujuh eratkan silaturahim komuniti Kedayan di Bekenu
Next: ADUN Lingga hulur sumbangan, santuni mangsa kebakaran Taman Sentosa Indah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.