Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM900,000 baik pulih jalan Logan Entasan–Benawa
  • WILAYAH

Peruntukan RM900,000 baik pulih jalan Logan Entasan–Benawa

Utusan Sarawak 8 hours ago
LAWATAN… Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala melawat projek naik taraf jalan Logan Entasan ke Benawa. Foto Jiku Juguong

MARUDI: Sebanyak RM900,000 diperuntukkan bagi melaksanakan projek baik pulih jalan Logan Entasan ke Benawa bagi meningkatkan kemudahan perhubungan penduduk di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala turun padang meninjau pelaksanaan projek naik taraf jalan berkenaan yang kini sedang giat dilaksanakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata, kerja-kerja naik taraf itu dilaksanakan susulan permintaan penduduk Kampung Hizrah kerana laluan tersebut merupakan jalan utama yang digunakan oleh anak-anak mereka untuk ke Sekolah Kebangsaan (SK) Benawa serta pelajar yang berulang-alik ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi.

Beliau berkata, sebelum ini keadaan jalan tersebut agak uzur dan tidak dibaiki sejak sekian lama sehingga menyukarkan pergerakan penduduk setempat.

“Projek naik taraf ini melibatkan laluan sepanjang kira-kira 4.2 kilometer dan diharapkan dapat memberi keselesaan serta keselamatan kepada pengguna jalan raya, khususnya penduduk kampung dan pelajar,” katanya.

JALAN… Keadaan jalan Logan Entasan ke Benawa yang akan dinaik taraf dengan kos RM900,000. Foto Jiku Juguong

Pada masa yang sama, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas kelulusan peruntukan sebanyak RM900,000 bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih jalan tersebut dilaksanakan dengan segera demi kemudahan rakyat.

Menurutnya, setakat ini kerja-kerja di tapak berjalan lancar dengan pihak kontraktor melaksanakan tugas dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi perancangan jangka panjang, beliau turut mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyediakan kertas cadangan bagi menaik taraf jalan berkenaan kepada standard jalan berturap.

Namun katanya, proses tersebut memerlukan sedikit masa kerana ia turut melibatkan agensi lain seperti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi mengenal pasti rizab jalan supaya pembinaan pada masa hadapan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan tanpa sebarang gangguan.

“Sebagai wakil rakyat, komitmen saya jelas iaitu memastikan suara rakyat didengar dan keperluan mereka diberi perhatian,” ujarnya.

Beliau menambah, pembangunan mungkin mengambil masa, namun usaha secara berperingkat akan terus dilaksanakan bagi menambah baik kemudahan demi kesejahteraan masyarakat di kawasan Mulu.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Cawangan Sarikei agih 600 pek bubur sempena Ramadan 
Next: Tuai rumah penghubung penting antara rakyat, kerajaan 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.