Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Peruntukan RM55.2 juta lengkap prasarana Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud – Premier Sarawak
  • PENDIDIKAN

Peruntukan RM55.2 juta lengkap prasarana Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
UCAPAN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan perasmian Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud yang menjadi mercu tanda baharu pendidikan Islam di Sarawak, hari ini. Foto Shikin Mahmud

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini merasmikan Sekolah Rendah Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) No.2 Kuching yang kini dinamakan Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud, sebagai menghargai jasa besar tokoh berkenaan dalam pembangunan pendidikan Islam di negeri ini.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan kunci utama bagi mengangkat martabat umat Islam dan menjadi jalan keluar daripada belenggu kemiskinan.

“Jika kita mahu masyarakat Islam Sarawak maju, anak-anak kita perlu dibekalkan ilmu yang seimbang dengan ilmu agama dan ilmu dunia. Dengan cara itu, mereka dapat menghadapi cabaran semasa dan bersaing di peringkat global,” katanya.

Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM55.2 juta bagi melengkapkan prasarana sekolah berkenaan, termasuk pembinaan padang, trek olahraga, rumah guru, pagar keselamatan serta kemudahan sokongan lain.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri majlis perasmian Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud yang menjadi mercu tanda baharu pendidikan Islam di Sarawak, hari ini. Foto Shikin Mahmud

Menurutnya, kerajaan negeri mahu memastikan sekolah agama mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat untuk pelajar serta warga pendidik.

“Peruntukan ini akan disalurkan mulai tahun hadapan. Kita mahu sekolah agama di Sarawak berada pada tahap terbaik supaya anak-anak Islam kita mendapat manfaat sepenuhnya,” jelasnya.

Premier Sarawak menambah, komitmen kerajaan negeri terhadap pembangunan pendidikan Islam turut diperkuat melalui dasar pendidikan tinggi percuma yang akan dilaksanakan mulai 2026, sekali gus membolehkan sehingga 10,000 pelajar Sarawak melanjutkan pengajian di universiti negeri tanpa dikenakan yuran.

UCAPAN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan ucapan perasmian Sekolah Rendah Agama Datuk Haji Mohamad Mortadza Haji Daud yang menjadi mercu tanda baharu pendidikan Islam di Sarawak, hari ini. Video Shikin Mahmud

Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada ekosistem pendidikan Islam yang menyeluruh bermula di sekolah rendah hingga ke peringkat universiti bagi melahirkan generasi Muslim Sarawak yang berilmu, berdaya saing serta berpegang teguh kepada nilai agama.

Majlis perasmian itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Yang Dipertua MIS, Datuk Misnu Taha.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Karnival TVET 2025 di Simanggang pertengahan November depan
Next: Sekolah Rendah Agama MIS Kuching No. 2 bukti komitmen perkukuh pendidikan Islam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.