Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM50,000 baik pulih Rumah Panjang Jipun, Tanjung Upar
  • WILAYAH

Peruntukan RM50,000 baik pulih Rumah Panjang Jipun, Tanjung Upar

Utusan Sarawak 9 hours ago
RASMI… Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala menyempurnakan perasmian jalan dan pontun di Rumah Panjang Jipun, Tanjung Upar. Foto Jiku Juguong

BARAM: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala menyempurnakan perasmian projek pembinaan jalan dan pontun di Rumah Panjang Jipun, Tanjung Upar, hari ini.

Projek pembinaan jalan dan pontun ini dijangka memberi kemudahan kepada penduduk setempat bagi urusan pengangkutan darat dan sungai, selain menyokong aktiviti harian komuniti di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu berkata kawasan Tanjung Upar merupakan satu kawasan kampung yang mungkin kurang diketahui dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu. Kawasan ini boleh diakses melalui Sungai Marudi dan jalan darat melalui ladang kelapa sawit Tibarat milik Sarawak Oil Palms Berhad (SOP).

KENANGAN… Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala bergambar bersama penduduk Rumah Panjang Jipun semasa lawatan beliau ke kawasan tersebut. Foto Jiku Juguong

Di Tanjung Upar terdapat lima kampung di bawah DUN Mulu iaitu Rumah (Rh) Vincent, Rh Philip, Rh Jipun, Rh Mugang dan Rh Gerinang.

Semasa lawatan tersebut, Datuk Gerawat turut dimaklumkan oleh Tuai Rumah Jipun mengenai keperluan membaik pulih rumah panjang serta menukar beberapa tiang yang telah reput demi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan permohonan tersebut dan menyalurkan bantuan sebanyak RM50,000 bagi tujuan kerja-kerja pembaikan Rh Jipun. Beliau berharap bantuan ini dapat membantu penduduk menjalankan kerja-kerja pembaikan yang diperlukan demi kesejahteraan bersama.

“Inilah komitmen berterusan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sentiasa peka terhadap keperluan rakyat di luar bandar, serta berusaha memastikan pembangunan dan kemudahan asas sampai ke setiap pelusuk negeri,” katanya.

Tambah beliau, dengan kepimpinan kerajaan GPS yang stabil dan kukuh, pembangunan akan terus dibawa bagi memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Jalan Ladang Pertanian Skim Hulu Sungai Baung siap dilaksanakan
Next: Taqwa dan akhlak baik dakwah paling mudah diamalkan setiap masa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.