Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM300,000 naik taraf bilik guru SMK Tiong Hin
  • WILAYAH

Peruntukan RM300,000 naik taraf bilik guru SMK Tiong Hin

Utusan Sarawak 3 days ago
UNTUK ALBUM… Peserta Joggerthon merakam gambar kenangan bersama selepas tamat larian pada Program Tiong Hin Fundraising Joggerthon 2025 yang berlangsung di SMK Tiong Hin di sini, hari ini.

SIBU: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi kerja menaik taraf bangunan bilik guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiong Hin, di sini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee, berkata peruntukan tersebut disalurkan melalui Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di kawasannya bagi memastikan guru sekolah berkenaan dapat menikmati suasana lebih selesa.

“Kita sudah menyiapkan projek naik taraf gelanggang bola keranjang di sini. Seterusnya, kita akan memberi tumpuan kepada bilik guru agar ia lebih baharu, segar dan selesa untuk mereka yang telah mencurahkan hampir seluruh hidup mendidik anak-anak kita. Mari kita jayakan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Tiong Hin Fundraising Joggerthon 2025 yang berlangsung di SMK Tiong Hin di sini, hari ini.

Menurut Tiang, pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri kerana ia merupakan asas penting dalam pembangunan negara.

“Kerajaan negeri banyak melabur dalam bidang pendidikan termasuk inisiatif pendidikan tertiari percuma yang akan dilaksanakan mulai tahun depan.

“Sarawak bukan sahaja kaya dengan sumber asli tetapi yang lebih penting ialah pembangunan bakat dan modal insan,” jelasnya.

Dalam pada itu, alumni Tiong Hin turut menyumbang RM50,000 masing-masing kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tiong Hin dan SMK Tiong Hin pada majlis berkenaan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: IPD Lawas kukuhkan semangat kerjasama melalui program gotong-royong
Next: Orang ramai diingatkan jaga dokumen pengenalan, elak salah guna identiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.