Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan RM3.8 bilion bagi Projek Jalan Raya MMMLL, buka akses pedalaman Sarawak
  • TEMPATAN

Peruntukan RM3.8 bilion bagi Projek Jalan Raya MMMLL, buka akses pedalaman Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pelancaran MMMLL di Marudi, hari ini. Foto UKAS

MARUDI: Sejumlah RM3.8 bilion diperuntukan untuk pembinaan Projek Jalan Raya Miri-Marudi-Mulu-Long Panai-Long Lama (MMMLL), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah.

Katanya, jalan MMMLL  ini bukan sahaja membuka akses ke kawasan pedalaman yang tidak pernah dicapai sebelum ini malah ia juga akan bersambung dengan projek-projek besar seperti Rangkaian Jalan Raya Sarawak Sabah, Lebuh Raya Pesisir Utara dan Lebuh Raya Pan Borneo.

Jelasnya, skop projek ini merangkumi jajaran sepanjang 142 kilometer (km) laluan utama termasuk ‘elevated roads’ di beberapa lokasi dan 33 km jalan akses serta melibatkan pembinaan sermbilan jambatan utama dan 14 jambatan kecil.

Menurut beliau, projek ini amat penting membawa manfaat besar kepada masyarakat di Miri khususnya di kawasan Parlimen Baram termasuk kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, ADUN Telang Usan dan ADUN Mulu.

Katanya, jalan MMMLL ini di bawah pelaksanaan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) merupakan salah satu projek infrastruktur terbesar di kawasan pedalaman Sarawak.

“Memandangkan jajaran projek ini melibatkan pelbagai gred jalan daripada R1 hingga R3 serta R5, termasuk pembinaan jabatan besar dan kecil dan melalui kawasan tanah lembut, gambut serta bukit-bukau, penerapan penyelesaian kejuteraan moden amat diperlukan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MMMLL yang disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Tambahnya, projek ini melambangkan aspirasi bersama kita terhadap keterhubungan, keterangkuman dan kemajuan yang seimbang untuk rakyat.

Menurut beliau lagi jalan MMMLL ini adalah cetusan olahan Premier Sarawak dalam usaha merealisasikan impian menjadikan Sarawak wilayah dengan jaringan jalan raya yang komprehensif.

Katanya, di bawah kepimpinan beliau, projek ini melambangkan tiada komuniti yang terpinggir daripada arus pembangunan dan kemajuan Sarawak.

Lebih penting ujarnya, jalan ini merapatkan jurang pembangunan dan meningkatkan tahap sosioekonomi rakayat.

“Bagi penduduk di kawasan Baram, jalan ini sangat bermakna kerana perjalanan yang lebih selamat untuk anak-anak ke sekolah dan laluan yang lebih mudah bagi petani memasarkan hasil tani.

“Selain itu, akses yang lebih baik untuk pelancong berkunjung ke kawasan Taman Negara Mulu, kawasan pelancongan lain di Limbang dan Lawas,” ujarnya.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak tangani dadah secara holistik melalui Jawatankuasa Sehenti
Next: Jangan jual tanah NCR, majukan demi masa depan – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.