Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM200,000 untuk gelanggang petanque dan padang SK Kampung Kupang
  • Selatan
  • WILAYAH

Peruntukan RM200,000 untuk gelanggang petanque dan padang SK Kampung Kupang

Utusan Sarawak 1 day ago
Mohamad Duri merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Kampung Kupang, di sini semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kupang bakal memiliki gelanggang petanque baharu selain padang sekolah yang akan dinaik taraf dengan peruntukan RM200,000.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata peruntukan daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu bertujuan memartabatkan institusi pendidikan dengan menyediakan persekitaran pembelajaran lebih kondusif untuk murid dan guru.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Kupang, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohamad turut menggesa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan PIBG agar bergerak secara kolektif bersama guru serta ibu bapa bagi memastikan kecemerlangan murid di dunia dan akhirat.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi membekalkan bekalan elektrik dan air ke Dewan Serbaguna Kampung Hulu Kupang tahun ini.

“Kerajaan Sarawak terus komited menyalurkan peruntukan pembangunan luar bandar, termasuk DUN Kalaka sendiri di mana pelbagai projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan termasuk kemudahan pendidikan, sukan serta infrastruktur asas bagi manfaat masyarakat setempat.

“Usaha berterusan kerajaan GPS ini membuktikan komitmen untuk memartabatkan institusi pendidikan, meningkatkan kemudahan awam serta memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar,” ujarnya.

Turut hadir Guru Besar SK Kupang Maseri Matnor, Yang Dipertua PIBG Madian Jamali serta ibu bapa pelajar.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perarakan Datuk Bandar platform penyatuan dan gaya hidup sihat Kuching
Next: 41 anggota APM Saratok sertai latihan mingguan bertemakan Masakan Rimba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.