Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan RM190 juta
  • TEMPATAN

Peruntukan RM190 juta

Utusan Sarawak 4 years ago
GIMIK… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meletakkan topeng pada sebuah mesin robotik sebagai gimik majlis semasa hadir pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Global Pertama Mengenai Imunologi Viral dan Terapi Antivirus Covid-19 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Samarahan, di Kuching semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM190 juta untuk menubuhkan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit yang akan dibangunkan berhampiran Institut Penyelidikan Tanah Gambut Tropika Sarawak (TROPI), Kota Samarahan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberitahu, penubuhan pusat ini bertujuan memajukan penyelidikan, inovasi dan pembangunan terutama mengenai penyakit berjangkit dan tropika.

“Penubuhan pusat ini sedang dalam peringkat perancangan dan berharap projek ini bermula tahun hadapan (2021) dan ia dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Global Pertama Mengenai Imunologi Viral dan Terapi Antivirus Covid-19 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota Samarahan, di sini semalam.

Tambahnya, pusat ini nanti akan menjadi lokasi para saintis bekerjasama dan berkolaborasi dengan ahli akademik, pihak kerajaan serta institusi yang berwibawa di seluruh dunia dengan kemampuan dalam penyelidikan dan pembangunan seperti Cambridge dan Oxford untuk melakukan penyelidikan terutama mengenai penyakit tropika.

“Di Malaysia, Sarawak adalah negeri pertama yang melakukannya terutama melibatkan penyakit tropika,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abang Johari berharap agar industri farmaseutikal termasuk sektor yang terlibat dalam penyelidikan perubatan dapat bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak.

“Sudah tentu, pada akhirnya, kita berharap dapat memperoleh produk atau ubat-ubatan yang dapat mengawal atau mengurangkan penyebaran penyakit baharu.

“Covid-19 adalah salah satu daripadanya tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang kerana pencemaran dan masalah alam sekitar yang lain,” jelasnya.

Oleh itu, Kerajaan Sarawak memberikan penekanan kepada sektor perhutanan, termasuk cara-cara mengelola hutan dan penyelidikan untuk memelihara lingkungan hijau.

“Masalah alam sekitar adalah salah satu cabaran yang dihadapi dunia dan kita (Sarawak) berada di kawasan tropika.

“Kita mempunyai kemudahan dan sumber untuk kita melakukan penyelidikan. Saya harap para saintis Sarawak dapat bekerjasama dengan saintis antarabangsa untuk mencari jalan keluar untuk masalah pencemaran ini,” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Usaha pulihkan sektor pelancongan
Next: UiTM lancar dua pusat penyelidikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.