Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM150,000 naik taraf infrastruktur SJKC Chung Hua Batu 10
  • WILAYAH

Peruntukan RM150,000 naik taraf infrastruktur SJKC Chung Hua Batu 10

Utusan Sarawak 12 hours ago
PENYERAHAN… Datuk Lo Khere Chiang menyerahkan cek olok-olok kepada pihak SJKC Chung Hua Batu 10.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang memperuntukkan sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu 10.

Peruntukan tersebut digunakan untuk tiga projek utama iaitu pembinaan pagar baharu bagi meningkatkan keselamatan sekolah, menaik taraf serta membaik pulih tandas untuk kebersihan yang lebih baik, serta pembinaan penutup longkang di sekeliling blok sekolah bagi memastikan persekitaran lebih bersih dan selamat.

PANTAU… Datuk Lo Khere Chiang ketika melawat SJKC Chung Hua Batu 10.

Katanya, inisiatif itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selesa dan terjamin kepada para pelajar, guru serta ibu bapa.

“Pendidikan adalah asas kepada masyarakat. Jadi, dengan menaik taraf kemudahan sekolah, kita bukan sahaja membina infrastruktur tetapi juga melabur untuk masa depan anak-anak kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerja-kerja penambahbaikan tersebut dijangka meningkatkan kesejahteraan warga sekolah serta mewujudkan suasana pembelajaran positif untuk pelajar di sekolah berkenaan.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hujan lebat berterusan, beberapa kawasan di Lutong dinaiki air
Next: Peruntukan RM185,000 kukuhkan komuniti Balai Ringin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.