Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM145,000 bina baharu Pusat Sumber Kampung Hulu Perpat 
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan RM145,000 bina baharu Pusat Sumber Kampung Hulu Perpat 

Utusan Sarawak 4 hours ago
MAJLIS Serah Tapak bagi Projek Bina Baharu Pusat Sumber Kampung Hulu Perpat telah disempurnakan kelmarin, dengan Kaunselor Saee Ason hadir mewakili ADUN Kalaka. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Projek Bina Baharu Pusat Sumber Kampung Hulu Perpat bernilai RM145,000 dijangka menjadi pemangkin penting kepada pembangunan komuniti setempat, sekali gus memperkukuh peranan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dalam mengubah landskap pembangunan di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pelaksanaan projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan kemudahan yang relevan dan berfungsi kepada masyarakat, selaras dengan keperluan semasa.

Menurut beliau, projek berkenaan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok selaku agensi pelaksana, manakala kontraktor yang terlibat pula telah dilantik melalui proses cabut undi.

“Syukur Alhamdulillah, projek bernilai RM145,000 ini akan memberikan kemudahan kepada penduduk setempat bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya.

Majlis Serah Tapak bagi Projek Bina Baharu Pusat Sumber Kampung Hulu Perpat telah disempurnakan kelmarin, dengan Kaunselor Saee Ason hadir mewakili ADUN Kalaka.

Projek tersebut dilihat mampu menyediakan ruang yang lebih kondusif bagi penganjuran program pendidikan, komuniti dan sosial, selain menjadi pusat tumpuan baharu bagi penduduk kampung.

“RTP terus memainkan peranan signifikan dalam menaik taraf kemudahan asas, menyokong perkembangan potensi masyarakat luar bandar dan memastikan pembangunan berlaku secara seimbang di kawasan Kalaka serta sekitarnya,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Kampung Peli Seli serta wakil pihak kontraktor yang telah dilantik.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pemimpin negeri tinjau operasi SAR di Tanjung Sirik
Next: KMKK perlu lebih aktif pacu pembangunan dan kekalkan keharmonian komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.