
MARUDI: Sejumlah RM128,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada empat organisasi daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.
Penyerahan cek MRP tersebut diserahkan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu di sini hari ini.
Organisasi yang menerima cek MRP berkenaan ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah (Rh) Matan Sungai (Sg) Ridan B Marudi berjumlah RM3,000 bagi peruntukan untuk membeli peralatan dapur Rh Matan.
Turut menerima ialah ahli jawatankuasa (AJK) Cina Pekan Marudi atau Poyut Lubok Nibong berjumlah RM15,000 bagi peruntukan untuk aktiviti tahunan.
Organisasi lain JKKK Rh Matan Sg Ridan B Marudi berjumlah RM29,400 bagi peruntukan untuk membeli atap Rh Matan dan RM81,000 untuk membaik pulih Rh Vincent.
Oleh Jiku Jukuong