Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan RM1.2 bilion, 40 projek infrastruktur di Kapit
  • TEMPATAN

Peruntukan RM1.2 bilion, 40 projek infrastruktur di Kapit

Utusan Sarawak 2 days ago
PERASMIAN….Uggah menyempurnakan majlis perasmian projek Jalan Nanga Ibau/Ulu Sungai Ibau Bahagian Kapit, petang tadi. Foto: Akun Giman

KAPIT: Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan sedang dan akan melaksanakan sebanyak 40 projek yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak di Bahagian Kapit.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk semua projek ini. 

Katanya, daripada jumlah tersebut 19 projek telah siap sepenuhnya membuktikan keupayaan dan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam menyiapkan projek mengikut masa dan standard yang ditetapkan.

“Manakala lima projek lagi sedang dalam fasa pembinaan, bernilai RM116 juta termasuk projek-projek jalan dan jambatan yang amat diperlukan penduduk pedalaman.

“Baki 16 projek bernilai RM721 juta dijangka tender dilaksana dalam tahun ini yang merupakan komitmen kerajaan Sarawak bagi memastikan pembangunan diteruskan khususnya bagi kawasan luar bandar seperti Kapit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Jalan Nanga Ibau atau Ulu Sungai Ibau Bahagian Kapit, petang tadi.

TAKLIMAT….Uggah ketika diberi taklimat projek Jalan Nanga Ibau/Ulu Sungai Ibau Bahagian Kapit, petang tadi. Foto: Akun Giman

Uggah berkata, projek jalan yang akan dilaksanakan ini bernilai sebanyak RM99.9 juta melibatkan pembinaan jalan sepanjang 12.5 kilometer (km) mengikut standard JKR R1. 

Katanya, ia turut merangkumi dua jalan spur, tiga buah jambatan besi, kerja tanah, pemasangan culvert konkrit, sistem saliran perparitan dan pemasangan kelengkapan jalan. 

“Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 36 bulan bermula dari 5 Mei 2025 hingga tahun 2028. Projek ini dijangka akan memberi manfaat secara langsung kepada11 buah rumah panjang dengan jumlah 219 pintu dan hampir 1,900 penduduk.

“Ia juga menyediakan akses yang lebih baik kepada Klinik Kesihatan Nanga Ibau serta dua sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ibau, dan SK Nanga Segenok,” kata beliau.

Beliau menggesa pihak kontraktor supaya melaksanakan kerja dengan penuh komitmen dan patuh kepada kontrak dari segi jadual, spesifikasi dan kos.

“Saya menaruh harapan yang tinggi kepada JKR Kapit bersama perunding untuk menjalankan penyeliaan yang ketat dan menyeluruh bagi memastikan kualiti kerja serta menyampaikan jalan ini siap dalam tempoh yang telah ditetapkan atau lebih awal lagi.

“Saya mahu tindakan tegas diambil sekiranya kontraktor tidak melaksanakan obligasi kontrak termasuklah penamatan kontrak jika kontraktor tidak ada sebab yang munasabah,” kata beliau.

Sementara itu, beliau juga memberitahu satu lagi projek yang sedang dijalankan di Kapit ialah pembinaan tanjakan feri di Nanga Melipis.

“Ia sudah pun diluluskan. Sekarang kita sedang membina tanjakan dan apabila tanjakan itu siap, feri akan datang. 

“Manakala, sebuah lagi di Menuan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada bulan Ogos. Feri yang dikendalikan oleh JKR itu hanya mengenkan tambang RM1,” jelasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek ladang padi bersama pelabur, UM bakal dilaksanakan di Sundar
Next: SUPP Kuching Youth: 66th anniversary dinner fully booked, reflects strong public support

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.