Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Peruntukan penyelenggaraan jalan Sabah, Sarawak melonjak 300 peratus – Nanta
  • NASIONAL

Peruntukan penyelenggaraan jalan Sabah, Sarawak melonjak 300 peratus – Nanta

Utusan Sarawak 2 hours ago
MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika sesi penggulungan titah Seri Paduka Baginda pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan meningkatkan peruntukan penyelenggaraan jalan Persekutuan secara signifikan hingga 300 peratus bagi Sabah dan Sarawak untuk tahun ini, selaras dengan keperluan mendesak di kedua-dua negeri itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peruntukan sebanyak RM200 juta masing-masing diluluskan kepada Sarawak dan Sabah, manakala RM300 juta pula bagi penyelenggaraan jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

“Sebelum ini, lebih banyak kita agihkan kepada Semenanjung bukan kerana kita memihak (berat sebelah) tetapi keperluannya mendesak.

“Jadi, tahun ini kita tumpu kepada mana keperluan lebih mendesak iaitu di Sarawak dan Sabah,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Nanta berkata kerja-kerja menaik taraf jajaran Redline sepanjang 136.74 kilometer (km) di Sarawak bermula tahun ini.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf itu merangkumi pembinaan semula struktur turapan serta peningkatan ciri-ciri keselamatan.

Projek Redline adalah inisiatif strategik Kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf jajaran jalan Persekutuan empat lorong dua hala menepati piawai JKR R5 sedia ada yang dibina sebelum pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak untuk disepadukan menjadi sebahagian daripada LPB Sarawak.

Ia dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu jajaran pendek sepanjang 17.1 km melibatkan sembilan seksyen di Lachau, Selangau, Balingian, Kemena, Sebiew dan Tudan, manakala jajaran panjang 119.64 km melibatkan Durin dan Salim, Kemena, Tudan, Batu Kawa dan Padawan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan lulus RM19.5 juta untuk pembinaan, naik taraf jalan ladang di Sarawak sejak 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.