Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan MRP RM107,000 disalurkan kepada 11 JKKK di Marudi
  • WILAYAH

Peruntukan MRP RM107,000 disalurkan kepada 11 JKKK di Marudi

Utusan Sarawak 4 weeks ago
TERIMA KASIH… Datuk Dr Penguang Manggil bergambar bersama penerima-penerima MRP di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Marudi.

MARUDI: Sejumlah RM107,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada 11 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daripada Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil.

Penyerahan cek MRP tersebut disempurnakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Marudi di sini hari ini.

JKKK yang menerima peruntukan MRP tersebut ialah JKKK Kampung Muhibbah Marudi (RM10,000), JKKK Kampung Dagang Marudi (RM10,000), JKKK Kampung Pemindahan Marudi (RM10,000), JKKK Kampung Narum Marudi (RM10,000) dan JKKK Kampung Padang Kerbau Marudi (RM7,000).

JKKK lain yang turut menerima peruntukan MRP berkenaan yang masing-masingnya menerima RM10,000 ialah JKKK Rumah (Rh) Ubie Kuala Ridan Marudi, JKKK Rh Jelaping Sungai (Sg) Arang, JKKK Sg Pasir/Sg Jaong/Jalan Limbang, Tadika Methodist Marudi, Persatuan Hakka dan Marudi Chinese Charitable Trust Board.

Penguang berkata peneyerahan peruntukan berkenaan diserahkan secara berperingkat sebelum beliau ke Dataran Marudi untuk menyempurnakan Raptai penuh Baram Regatta 2025.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Razi Suhaimi dinobat Raja Tenggiri Mukah 2025
Next: Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.