Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Peruntukan dana RM5 juta untuk belia
  • TEMPATAN

Peruntukan dana RM5 juta untuk belia

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bersama tetamu jemputan lain merakamkan gambar kenangan bersama beberapa penerima Bantuan Skim Mikro Kredit dan Sarawak Youth Creative Industry Fund pada Majlis Makan Malam bersama Ketua Menteri di Miri, semalam.

MIRI: Kerajaan Sarawak memperuntukkan dana khas berjumlah RM5 juta setiap tahun bagi membiayai belia yang mahu mengembangkan bakat seni.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau bersetuju menyediakan dana tersebut kerana beliau menyedari golongan berbakat dalam bidang seni dan budaya juga memerlukan suntikan bantuan untuk maju dalam bidang diminati.

“Dana ini sebenarnya untuk memajukan persembahan kesenian   kerana kita akan membangunkan satu dewan yang diberi nama Pusat Persembahan Kesenian.

“Ini akan memberi ruang kepada belia yang berbakat, yang ada kepakaran dalam budaya dan seni untuk mempertajam bakat dan mengembangkan potensi masing-masing,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam bersama Ketua Menteri yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Abang Johari berkata, Sarawak mempunyai ramai belia yang berbakat dalam bidang seni dan budaya dan sebab itu beliau meluluskan dana khas untuk tujuan tersebut sebagai suntikan kepada mereka yang aktif dalam bidang berkenaan.

“Kalau kita lihat, belia di Sarawak ramai yang berbakat seperti   penyanyi Dayang Nurfaizah dan Bob Yusof yang berbakat dalam nyanyian dan mereka berada di tahap antarabangsa.

“Dari sudut lakonan pula kita mempunyai pelakon Henry Golding yang semakin menyinar di Hollywood dan dari seni budaya, anak Sarawak baru-baru ini menjuarai Miss Universe Malaysia 2020,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, Abang Johari turut menyampaikan Bantuan Skim Mikro Kredit dan Sarawak Youth Creative Industry Fund kepada beberapa penerimanya.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais dan Menteri Muda Bekalan Air, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Menteri Muda Pelancongan Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Sebastian Ting.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Penglibatan masyarakat promosi pelancongan penting – Nancy
Next: Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak beroperasi 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.