Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Perubatan tradisional Cina catat Buku Rekod Malaysia, lebih 1,000 pesakit dirawat percuma
  • KESIHATAN

Perubatan tradisional Cina catat Buku Rekod Malaysia, lebih 1,000 pesakit dirawat percuma

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (tengah) bersama para pengamal perubatan Cina pada Majlis Penyerahan Sijil Buku Rekod Malaysia bagi Program Perubatan Amal di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Program Perubatan Amal anjuran Persatuan Tabib dan Perubatan Cina Sarawak (PTPCS) mencatat pengiktirafan Buku Rekod Malaysia (MBR) selepas berjaya menyediakan rawatan percuma kepada lebih 1,000 pesakit di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng berkata, penganjuran program itu membuktikan komitmen tinggi para pengamal perubatan yang sanggup berkorban masa hujung minggu untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Menurutnya, inisiatif tersebut bukan sahaja mencerminkan semangat kebajikan dan belas kasihan, malah membantu merapatkan jurang dalam sistem penjagaan kesihatan serta memperkukuh keprihatinan terhadap komuniti.

DATUK Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (tengah) di Majlis Penyerahan Sijil Buku Rekod Malaysia bagi Program Perubatan Amal di sini Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini. Foto Adele Rissa 

“Ini adalah sesuatu yang amat bermakna kerana ia menunjukkan sifat belas kasihan yang membantu merapatkan jurang dalam sistem kesihatan kita, selain memperlihatkan keprihatinan terhadap komuniti,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Sijil Buku Rekod Malaysia bagi Program Perubatan Amal di BCCK, di sini, hari ini.

Beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya memandang ringan peranan perubatan tradisional kerana ia turut merangkumi pelbagai kaedah seperti bekam, qigong, zhenjiu atau akupunktur serta terapi tuina.

Katanya, pendekatan rawatan tersebut memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan jangka panjang dengan menekankan usaha merawat punca penyakit berbanding hanya merawat simptom.

“Perubatan tradisional ini memerlukan masa dan kesinambungan, tetapi matlamatnya adalah untuk merawat punca penyakit dan bukannya hanya simptom,” jelasnya.

SUASANA Program Perubatan Amal yang merawat lebih 1,000 pesakit secara percuma di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto Adele Rissa

Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar program seumpama ini dapat diperluaskan kepada tempoh sekurang-kurangnya dua hari pada penganjuran akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai pesakit menerima rawatan.

Katanya, sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan ramai pengamal perubatan datang dari pelbagai lokasi dan berkhidmat tanpa henti sepanjang program berlangsung.

Menurutnya, walaupun jumlah rasmi yang direkodkan bagi pengiktirafan MBR ialah 1,041 pesakit, anggaran keseluruhan berdasarkan pendaftaran di lokasi mencecah sekitar 1,100 orang.

Beliau menjelaskan perbezaan angka itu berlaku kerana terdapat borang pendaftaran yang tidak dipulangkan selepas rawatan, namun jumlah rasmi tetap digunakan untuk tujuan pengesahan rekod.

Program berkenaan melibatkan kira-kira 100 pengamal perubatan tradisional Cina yang menawarkan pelbagai kaedah rawatan secara percuma kepada orang ramai bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Oleh Adele Rissa 

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Laporan awal kekurangan ubat langkah proaktif tangani krisis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.