Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Perubahan iklim jadikan pergunungan semakin bahaya
  • GLOBAL

Perubahan iklim jadikan pergunungan semakin bahaya

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR dirakam dari udara di atas Wiler ini menunjukkan Gunung Bietschhorn di Banjaran Alps Switzerland, selepas sebahagian besar Glasier Birch runtuh sehari sebelumnya dan memusnahkan perkampungan kecil Blatten, pada 29 Mei 2025. Foto AFP

MUNICH: Perubahan iklim dikenal pasti sebagai faktor utama peningkatan kekerapan runtuhan gunung, glasier, serta tanah runtuh di kawasan pergunungan, menurut pakar dari Kelab Alpine Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Peningkatan risiko di kawasan pergunungan ini adalah akibat jelas daripada perubahan iklim yang didorong oleh aktiviti manusia,” kata Tobias Hipp.

Beliau berkata bahawa keadaan itu menjadikan kawasan pergunungan lebih berbahaya.

“Gunung sentiasa mempunyai risiko tertentu, tetapi kemungkinan berlakunya bahaya kini meningkat akibat perubahan iklim.

“Alps kini berada dalam keadaan tidak seimbang disebabkan pemanasan global dan menjadi semakin tidak stabil.

“Kita perlu menganggap bahawa kejadian sebegini akan terus meningkat,” katanya.

Hipp menjelaskan bahawa penting untuk membezakan antara runtuhan gunung dan runtuhan batu.

“Dalam kes runtuhan gunung — seperti yang berlaku baru-baru ini di Switzerland — ia melibatkan jumlah batuan yang sangat besar.

“Selalunya terdapat tanda amaran awal seperti serpihan kecil yang runtuh, membolehkan pemantauan berskala besar dan amaran awal dikeluarkan.

“Namun ini tidak selalu berlaku, seperti kejadian runtuhan di Piz Cengalo pada 2017 yang mengorbankan beberapa nyawa,” katanya.

Namun bagi pendaki gunung, runtuhan batu dan tanah runtuh berskala kecil adalah lebih relevan.

“Inilah bahaya klasik di kawasan alpine yang berlaku lebih kerap dan di kawasan yang lebih luas,” katanya.

– Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati
Next: Suspek arson ditahan polis dalam tren bawah tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.