Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perubahan besar di Awat-Awat melalui kesepakatan dengan GPS
  • Utara
  • WILAYAH

Perubahan besar di Awat-Awat melalui kesepakatan dengan GPS

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGHUJUNG SYAWAL… Dato Henry Sum Agong bersama penduduk Kampung Perpindahan Awat-awat mengucap Selamat Hari Raya.

LAWAS: Kesepakatan penduduk di Awat-awat dengan kerajaan Sarawak khususnya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya membawa banyak perubahan.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong memberitahu bahawa melalui usaha keras kepimpinan GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah menyaksikan transformasi sebuah perkampungan kecil nelayan kini berkembang menjadi enam buah perkampungan besar di kawasan Awat-awat.

“Dahulu diawal tahun 1980-an, kita hanya ada empat kampung kecil di Awat-awat. Tetapi selepas Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menjadi wakil rakyat, kehidupan rakyat dan transformasi pembangunan telah mengubah perkampungan nelayan itu menjadi sebuah penempatan yang moden dan maju, ” katanya pada perasmian majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Awat-awat di Waterfront Awat-awat, hari ini.

Seterusnya beliau mahu kesepakatan antara penduduk terus diperkukuh kerana melalui semangat perpaduan dan sepakat akan menyaksikan lebih banyak limpahan pembangunan di Awat-awat.

“Awat-awat mempunyai potensi besar untuk terus maju kerana terletak berdekatan dengan kawasan projek mega di Lawas iaitu lapangan terbang baru Lawas, pelabuhan laut dalam Lawas dan Lebuhraya Pesisir Borneo.

Pergunakan segala yang ada depan mata untuk memajukan diri, keluarga dan kampung kerana saya amat yakin penduduk Awat-awat amat produktif dalam kegiatan industri kecil dan sederhana,” tambahnya.

Turut hadir Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara, Datu Ubaidillah Latip, Pengerusi Pengelola Ketua Kampung, Haji Hamdani Matussin, Exco Saberkas Sarawak Awangku Bahar Pengiran Jini, Exco Pemuda PBB Sarawak, Steve Lius dan kenamaan tempatan lainnya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Saran penduduk ceburi tanaman fertigasi
Next: Giat didik petani ubah tanaman padi dengan teknologi moden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.