Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sumbangan Pertubuhan Pembangunan Moral Teck Chiao Che Lee Khor ringankan beban penduduk
  • WILAYAH

Sumbangan Pertubuhan Pembangunan Moral Teck Chiao Che Lee Khor ringankan beban penduduk

Utusan Sarawak 5 days ago
SALAM TAKZIAH… Wakil Pertubuhan Pembangunan Moral Teck Chiao Che Lee Khor Miri Cawangan Batu Niah menyerahkan sumbangan keranda dan kewangan bagi urusan pengurusan jenazah kepada ahli keluarga di Rumah Renggi, Ulu Tinjar, Baram, semalam.

BATU NIAH: Pertubuhan Pembangunan Moral Teck Chiao Che Lee Khor Miri, Cawangan Batu Niah menyumbangkan keranda dan bantuan kewangan bagi pengurusan jenazah seorang penduduk kurang berkemampuan di Rumah Renggi, Ulu Tinjar, Baram.

Pengerusinya, Penghulu Pui Kuan Phen berkata, bantuan itu diberikan selepas pihaknya menerima maklumat mengenai kematian ahli masyarakat dari kawasan pedalaman tersebut.

“Setelah membuat penilaian terperinci terhadap keadaan keluarga tersebut, jawatankuasa kebajikan dengan rasa prihatin telah menyumbangkan keranda.

“Kita bukan sahaja bantu dari segi keranda tetapi turut bantu kewangan bagi urusan pengurusan jenazah,” katanya.

Sumbangan itu telah diserahkan oleh wakil rasmi pertubuhan dari Miri kepada keluarga mendiang, semalam.

Pertubuhan turut merakamkan penghargaan kepada Syarikat Zhen Qiang Funeral Services Miri yang telah memberikan bantuan secara sukarela dalam proses penghantaran jenazah ke kawasan pengebumian.

Selain itu, pihak pertubuhan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada dermawan Kuan Ai Rong dari Miri yang telah sumbangan keranda sebanyak 10 unit kepada pertumbuhan ini sebagai amal jariah untuk tujuan kebajikan.

Persatuan turut mempelawa mana-mana individu yang berhati mulia dan berhasrat untuk menyumbang keranda atau bantuan pengebumian kepada golongan memerlukan agar menghubungi pihak pertubuhan di talian 019-2139639.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wong Ching Yong kecewa Sibu terpinggir dalam Belanjawan 2026
Next: RM2 juta kos operasi, SM Wong Nai Siong galak komuniti beri sokongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.