Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertubuhan OKU fizikal Miri adakan jualan sawi hidroponik pada Khamis ini
  • Utara
  • WILAYAH

Pertubuhan OKU fizikal Miri adakan jualan sawi hidroponik pada Khamis ini

Utusan Sarawak 17 hours ago
SEGAR …Sayur Sawi Hidroponik hasil tanaman ahli Pertubuhan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM) yang akan dijual 1 Januari ini.

MIRI: Pusat Aktiviti Pertubuhan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM) akan menganjurkan Aktiviti Jualan Sayur Sawi Hidroponik hasil tanaman ahli pertubuhan itu pada Khamis ini.

Aktiviti ini akan diadakan dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Pusat Aktiviti POKUFM, No.127 Piasau Camp di sini.

Setiausaha POKUFM, Abdul Aziz Brahim, berkata, antara sayur-sayuran yang akan dijual ialah sawi kerinting dan sawi pak coy, masing-masing dibungkus dalam kuantiti 500 gram dengan harga jualan RM5.00.

“Oang ramai dialu-alukan untuk singgah dan melawat pusat aktiviti ini di samping menyokong usaha POKUFM memperkasa ahli melalui aktiviti pertanian moden seperti hidroponik,” katanya dihubungi di sini.

Pogram tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada ahli pertubuhan menjana pendapatan, malah menjadi platform untuk mendekatkan POKUFM dengan masyarakat setempat.

Pembelian oleh orang ramai bukan sekadar mendapatkan sayur segar, malah merupakan tanda sokongan dan keprihatinan masyarakat terhadap usaha serta aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh golongan orang kurang upaya.

Orang ramai juga diminta menghebahkan program tersebut agar lebih ramai penduduk sekitar Miri dapat bersama-sama memeriahkan aktiviti jualan pada hari tersebut.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kontraktor diingatkan hubungi SESCO sebelum menggali untuk elak gangguan bekalan elektrik
Next: Pelbagai acara warnai Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 di Kabong esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.