Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertubuhan Meninggikan Akhlak terima kunjungan Pengarah ROS Sarawak
  • TEMPATAN

Pertubuhan Meninggikan Akhlak terima kunjungan Pengarah ROS Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
GEORGINA Aphhia Ngau bersama rombongan ROS Sarawak bergambar kenangan dengan Temenggung Kueh Aik Seng ketika lawatan ke bangunan Pertubuhan Chee Chuan Khor Simanggang dalam Bandar Simanggang semalam.

SIMANGGANG: Pertubuhan Meninggikan Akhlak atau Chee Chuan Khor Simanggang telah menerima kunjungan daripada Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Sarawak, Georgina Aphhia Ngau dan rombongan petang semalam.

Georgina bersama rombongannya tiba di bangunan pertubuhan berkenaan pada jam 3 petang dengan ketibaan beliau disambut oleh Presiden Chee Chuan Khor Simanggang iaitu Temenggung Kueh Aik Seng.

Setelah melakukan lawatan di bangunan Chee Chuan Khor Simanggang, Pengarah ROS Sarawak tersebut kemudiannya mengadakan mesyuarat ringkas bersama para ahli jawatankuasa pertubuhan itu sebelum mengakhiri sesi tersebut pada jam 4 petang.

“Menerusi lawatan berkenaan, pihak kami telah memberi taklimat ringkas mengenai objektif penubuhan Chee Chuan Khor Simanggang, kemudahan sedia ada dan aktiviti sepanjang tahun ini kepada beliau (Georgina).

“Pihak kami berasa lega dan bersemangat setelah beliau menerusi taklimat itu menyatakan rasa tertarik terhadap objektif pertubuhan, tahap kemudahan sedia ada dan aktiviti yang dilaksana Chee Chuan Khor Simanggang selama ini,” kata Kueh.

Beliau juga berharap agar sesi lawatan berkenaan akan membolehkan pihak ROS Sarawak lebih memahami kegiatan persatuan-persatuan di bandar ini serta tahap keaktifan mereka dari masa ke semasa.

“Pihak Chee Chuan Khor Simanggang amat berbesar hati untuk menerima semula kunjungan pihak ROS Sarawak jika mereka mahu berbuat demikian pada masa akan datang,” kata Kueh.

Georgina bersama rombongan ROS Sarawak dilapor turut mengadakan lawatan ke beberapa persatuan yang lain yang beroperasi di dalam bandar ini bermula pagi semalam seperti Persatuan Foochow Sri Aman.

Continue Reading

Previous: Kepulangan Sarkawi terus dinanti
Next: Operasi SAR mangsa baham buaya ditamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.