Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pertubuhan Bayu Raudhah nafi seleweng dana Tabung #JusticeForZara 
  • NASIONAL

Pertubuhan Bayu Raudhah nafi seleweng dana Tabung #JusticeForZara 

Utusan Sarawak 4 hours ago

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah hari ini tampil menjelaskan kedudukan kewangan Tabung #JusticeForZara bagi menangkis sebarang dakwaan salah guna kuasa atau penyelewengan dana sumbangan orang ramai.

Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah Sitti Fhaizah Mukthar dalam kenyataan  memaklumkan tabung berkenaan diwujudkan sepenuhnya bagi tujuan membantu keluarga serta menyokong proses prosiding inkues yang sedang berlangsung.

“Kami dengan tegas menafikan sebarang salah guna atau penyelewengan dana. Semua  pengurusan kewangan dilakukan mengikut prosedur pertubuhan dan peraturan sah yang berkuat kuasa,” katanya.

Beliau berkata semua kutipan dana direkodkan dengan teliti dan digunakan hanya untuk tujuan yang  dinyatakan termasuk kos dokumentasi, khidmat kepakaran, logistik, penginapan keluarga dan pakar serta keperluan mesyuarat dan operasi.

Setiap perbelanjaan dilakukan, katanya disertakan dengan resit dan dokumen rasmi bagi memastikan akauntabiliti sepenuhnya.

Sitti Fhaizah menjelaskan tabung terbabit yang dibuka untuk sumbangan dari 8 hingga 12 Sept lepas telah berjaya mengumpul dana keseluruhan berjumlah RM255,016.27.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM162,155.87 telah dibelanjakan untuk pelbagai keperluan berkaitan kes, menjadikan baki semasa tabung setakat 18 Dis 2025 ialah RM94,096.97.

Menyentuh mengenai pecahan perbelanjaan, kos terbesar dicatatkan adalah bagi khidmat kepakaran dan konsultasi profesional yang menelan belanja sebanyak RM82,747.35, diikuti kos logistik dan perjalanan.

Ia melibatkan perbelanjaan untuk perjalanan udara dan darat bagi pakar serta pengangkutan keluarga berkaitan prosiding berjumlah RM40,435.54 selain beberapa lagi perbelanjaan lain seperti penginapan (RM22,119.28), serta dokumentasi dan komunikasi (RM12,497).

Semua maklumat serta rekod berkaitan Tabung #JusticeForZara itu, telah didedahkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan bagi tujuan semakan dan pemantauan, katanya.

“Pihak pertubuhan juga menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan pihak-pihak berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tadbir urus yang telus dapat dikekalkan.

“Laporan kewangan tabung ini juga terbuka untuk disemak oleh pihak berkuasa mahupun penderma yang berminat untuk mengetahui butiran lanjut mengenai aliran dana tersebut,” katanya.

Beliau berkata pendedahan perincian akaun itu diharapkan dapat menjernihkan persepsi masyarakat dan mengembalikan kepercayaan terhadap usaha murni yang sedang diperjuangkan demi menuntut keadilan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Keyakinan rakyat Malaysia terhadap hala tuju negara semakin baik pada 2025
Next: 10 bangunan ikonik raikan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA ke-34

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.