Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertemuan pelbagai pasukan warnai Festival Bot Naga dan Regata Sarawak 2025
  • SUKAN

Pertemuan pelbagai pasukan warnai Festival Bot Naga dan Regata Sarawak 2025

Utusan Sarawak 11 hours ago
SUASANA meriah sekitar Festival Bot Naga dan Regata Sarawak 2025, pesta air yang menyatukan semangat sukan dan budaya di tebing Sungai Sarawak. Foto JAPEN

KUCHING: Suasana di Tebingan Kuching hari ini bertambah meriah apabila peserta dari dalam dan luar negara membanjiri Tebingan Kuching bagi menyertai Festival Bot Naga dan Regata Sarawak 2025, antara acara sukan air paling berprestij di rantau ini.

Salah satu pasukan yang mencuri perhatian ialah Jetama Entulon Family Malaysia dari Sabah, yang menampilkan Hashim, peserta veteran berusia lebih 60 tahun.

Mesra disapa Pak Hashim, beliau mengakui kehadiran pasukannya kali ini bukan sekadar untuk bersaing, tetapi sebagai usaha ‘mencari nasib’ dan pengalaman berharga di Bumi Kenyalang.

HASHIM, peserta veteran dari Jetama Entulon Family Malaysia, tampil bersemangat membawa cabaran pasukannya dari Sabah.

“Kami datang dari Sabah dengan semangat kekeluargaan. Tahun ini kami sudah bersedia sepenuhnya. Jika diberi kesihatan dan kekuatan, kami sasarkan kemenangan,” katanya sambil tersenyum selepas pasukannya berjaya menjuarai peringkat saringan awal tengah hari tadi.

Turut memeriahkan acara tersebut ialah pasukan Penang Pirate, yang buat julung kalinya menyertai Festival Bot Naga.

Salah seorang peserta mereka, Peach, menyifatkan pengalaman di Kuching sebagai sesuatu yang menakjubkan serta berbeza daripada pertandingan lain yang pernah disertainya.

PEACH dari pasukan Penang Pirate tidak melepaskan peluang menikmati pengalaman pertama di Festival Bot Naga dan Regata Sarawak 2025.

“Ini kali pertama kami di Sarawak. Tempatnya sangat indah, suasananya mesra dan penuh semangat. Kami datang bukan sekadar ingin menikmati pengalaman, tetapi juga memburu podium,” ujarnya dengan keyakinan.

Sementara itu, seorang lagi peserta, Kai, 30, mewakili pasukan Dragon Venture dari Pulau Pinang, menyifatkan Festival Bot Naga sebagai medan terbaik menguji keupayaan fizikal dan mental.

KAI, anak jati Kuching bersama pasukan Dragon Venture dari Pulau Pinang, berkongsi semangat juang pasukannya di gelanggang Sungai Sarawak.

“Kami sudah lima kali menyertai Festival Bot Naga. Strategi kami mudah hanya dengan kekal fokus, jaga keseimbangan dalam perahu, dan yang paling penting, semangat mesti kuat,” katanya.

Penganjuran Festival Bot Naga dan Regata Sarawak 2025 bukan sahaja menjadi gelanggang persaingan sengit antara pasukan tempatan dan antarabangsa, malah terus memperkukuh imej bandar raya Kuching sebagai destinasi sukan air bertaraf dunia.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran Malaysia di Terbuka Perancis 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.