Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertemuan dengan pemilik bersama kelab United bukan mesyuarat krisis – Amorim
  • SUKAN

Pertemuan dengan pemilik bersama kelab United bukan mesyuarat krisis – Amorim

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pengurus Manchester United, Ruben Amorim

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Ruben Amorim menegaskan pertemuannya minggu ini dengan pemilik bersama kelab Jim Ratcliffe bukanlah mesyuarat krisis meskipun pasukan itu memulakan musim dengan prestasi hambar.

United hanya meraih empat mata daripada empat perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan tersingkir secara memalukan daripada Piala Liga selepas tewas kepada Grimsby dari divisyen keempat.

Amorim hanya menang lapan daripada 31 perlawanan EPL sejak mengambil alih pada November lalu, namun bekas pengendali Sporting Lisbon itu berkata Ratcliffe meyakinkannya United masih komited dengan projek jangka panjang.

“Kontrak baharu,” seloroh Amorim ketika ditanya mengenai topik pertemuannya dengan bilionair Britain itu.

“Tidak, ia perkara biasa sahaja, sekadar menunjukkan sokongan dan menjelaskan ini adalah projek jangka panjang.”

United menamatkan musim lalu di tangga ke-15 EPL – kedudukan terendah mereka dalam liga utama sejak musim 1973-74 – dan gagal merebut tiket ke Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Tottenham pada final Liga Europa.

Walaupun keputusan hambar, Amorim tetap percaya United semakin meningkat dan hanya perlu lebih tajam di kedua-dua bahagian padang.

“Ini bola sepak di kelab yang mungkin paling banyak tekanan di dunia, tetapi kami mahu menang,” katanya.

“Saya rasa tahun lalu saya amat kritikal terhadap cara kami bermain. Saya fikir kami bermain baik hingga ke kotak penalti, bertahan dan menyerang, kami perlu lebih agresif dalam kotak penalti. Kami perlu lebih klinikal.

“Selain itu, saya fikir kami semakin baik berbanding musim lalu, saya rasa kami berada di tempat yang lebih baik. 

“Tetapi sekali lagi, kami perlu menang, kami kalah kepada Arsenal dan (Manchester) City dan di sini, kalah, khususnya pada awal musim selepas musim lalu, memang menjadi masalah.”

United akan berdepan satu lagi ujian getir apabila Chelsea bertandang ke Old Trafford malam ini, namun Amorim kini mempunyai lebih banyak pilihan selepas Mason Mount dan Matheus Cunha kembali daripada kecederaan. – AFP

Continue Reading

Previous: Boateng umum persaraan selepas kerjaya cemerlang
Next: FIFA terima 4.5 juta permohonan pra-jualan Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.