Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pertempuran: Ribuan lari selamatkan diri, Kemboja umum tarik diri Sukan SEA di Thailand demi keselamatan atlet
  • GLOBAL

Pertempuran: Ribuan lari selamatkan diri, Kemboja umum tarik diri Sukan SEA di Thailand demi keselamatan atlet

Utusan Sarawak 2 hours ago

Penduduk berlindung di kuil selepas melarikan diri daripada pertempuran di sempadan Kemboja–Thailand, Siem Reap. Foto AFP

SAMRAONG (Kemboja): Pertempuran terbaharu di sempadan Kemboja–Thailand akibat sengketa sempadan berusia ratusan tahun memaksa lebih 500,000 penduduk melarikan diri ke pusat perlindungan termasuk kuil dan sekolah.

Ketegangan sempadan Thailand–Kemboja terus meningkat dengan pertempuran merebak ke beberapa wilayah. Foto AFP

Sekurang-kurangnya 11 maut, melibatkan tentera Thailand dan penduduk Kemboja, ketika jet pejuang, kereta kebal dan dron digunakan dalam pertempuran yang merebak hingga lima wilayah kedua-dua negara.

Letupan dan tembakan artileri kedengaran berhampiran kawasan kuil purba, membuatkan penduduk panik. 

Roket dilepaskan ketika pertempuran sengit di Oddar Meanchey, Kemboja. Foto AFP

Di Thailand, lebih 400,000 orang dipindahkan, manakala Kemboja memindahkan lebih 100,000 mangsa.

Penduduk yang tinggal terlalu hampir dengan garis hadapan berkata bunyi peluru semakin kuat setiap malam hingga menimbulkan ketakutan — “akan kena rumah kami ke tidak?”

Kemboja turut mengumumkan penarikan diri daripada Sukan SEA di Thailand demi keselamatan atlet.

Kemboja umum tarik diri dari Sukan SEA di Thailand atas faktor keselamatan atlet dan tekanan keluarga. – AFP

Sementara itu, Presiden AS Donald Trump berikrar untuk campur tangan sekali lagi selepas menjadi orang tengah gencatan senjata pada Julai lalu. 

Trump mendakwa akan membuat “satu panggilan telefon yang boleh hentikan perang”.

Mangsa berpindah berehat di pusat perlindungan di Sa Kaeo, Thailand selepas pertempuran tercetus dekat sempadan. Foto AFP

Situasi di sempadan masih tegang dengan ribuan keluarga terus berlindung di pusat pemindahan. – AFP

Continue Reading

Previous: 7 maut pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas
Next: Bekas teman lelaki mengaku bunuh wanita warga Austria yang hilang selama 8 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.