Penduduk yang dipindahkan membawa barangan mereka ketika meninggalkan kawasan di sepanjang sempadan Kemboja–Thailand di wilayah Siem Reap, Kemboja. Foto AFP
SURIN (Thailand): Pergolakan berdarah di sempadan Kemboja–Thailand kian memuncak apabila pertempuran terbaharu meletus semula berhampiran kawasan kuil bersejarah, menjelang panggilan telefon dijangka dibuat Presiden AS, Donald Trump kepada kedua-dua pemimpin negara itu.
Setakat ini sekurang-kurangnya 15 maut, membabitkan anggota tentera Thailand dan orang awam Kemboja.
Lebih 500,000 penduduk dipaksa lari, majoritinya di Thailand, ketika jet, kereta kebal dan dron digunakan dalam pertempuran.
Pertikaian lama mengenai sempadan kolonial sepanjang 800km kembali mencetuskan pertempuran paling buruk sejak insiden Julai lalu.
Trump dijangka menggesa kedua-dua pihak menghentikan serangan.
Di Surin, ratusan keluarga berlindung di kampus universiti yang diubah menjadi pusat pemindahan.

Seorang petani, Rat, 61, berkata hidupnya “terhenti setiap kali pertempuran meletus”.
Di Kemboja, bunyi meriam kedengaran sejak subuh berhampiran kuil yang dipertikaikan.
Kemboja mendakwa Thailand memulakan serangan awal pagi tadi, manakala Thailand pula menuduh Kemboja melepaskan roket berhampiran sebuah hospital.

Lebih 101,000 penduduk dipindahkan di Kemboja dan lebih 400,000 di Thailand.
Pertubuhan UNESCO turut menggesa warisan budaya di kawasan berkenaan dilindungi daripada kemusnahan.
Pertempuran serupa pernah berlaku pada 2008–2011, mengorbankan lebih dua dozen nyawa. – AFP