Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertembungan petinju TBBC Sri Aman dan JAB Sibu Sabtu ini
  • SUKAN

Pertembungan petinju TBBC Sri Aman dan JAB Sibu Sabtu ini

Utusan Sarawak 1 day ago
Pertembungan hangat di antara TBBC Sri Aman yang turun gelanggang menentang JAB Sibu dalam perlawanan persahabatan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, Sabtu ini. Foto: TBBC Sri Aman

SIMANGGANG: Arena sukan tinju Simanggang Sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan hangat apabila Kelab Tinju Tidal Bore Sri Aman (TBBC) turun gelanggang menentang Akademi Tinju Joe’s Sibu (JAB) dalam perlawanan persahabatan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.

Program bermula seawal 7.30 pagi dengan sesi timbang, padanan mengikut kategori umur dan berat badan serta sesi fotografi bagi kesemua petinju, sebelum pertarungan bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Jurucakap penganjur berkata, perlawanan persahabatan ini bukan sekadar mencari siapa paling kuat, sebaliknya menjadi ruang pendedahan dan pendidikan untuk atlet muda berusia 10 hingga 14 tahun.

“Matlamat kami ialah memberi peluang kepada anak-anak ini belajar dari awal, bina keyakinan diri serta pupuk semangat kesukanan. 

“Jurulatih kedua-dua pasukan juga akan berkongsi ilmu, memperbaiki teknik, sekaligus mengeratkan komuniti tinju di Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, sesi ini turut mengetengahkan mesej penting mengenai isu anti-buli, termasuk punca, kesan, cara mengelak jadi mangsa dan yang paling utama, mendidik atlet agar tidak menjadi pembuli.

“Terima kasih kepada TBBC Sri Aman dan JAB Sibu yang telah menjayakan inisiatif murni ini. 

“Usaha bersama ini membuktikan tinju bukan sekadar sukan, tetapi platform mendidik dan membina karakter,” jelasnya lagi.

Warga Simanggang turut diajak hadir beramai-ramai ke Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, Sabtu ini bagi memberi sokongan padu. 

“Merekalah modal insan masa depan, yang bakal mengharumkan nama Sri Aman, Sarawak dan Malaysia,” ujarnya.

Program tersebut bakal dihadiri oleh Presiden TBBC Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari dan Presiden JAB Sibu, Majidi Omar.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kelvin Yii appointed advisor to Malaysia Pickleball Association
Next: Liverpool beli pemain tepat pada harga berpatutan, kata Slot tapi enggan ulas isu Isak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.