LONDON: Perlawanan pusingan keempat Piala Liga dijangka akan berlangsung pada 19 Disember – hanya beberapa hari selepas final Piala Dunia di Qatar.
Manchester City – yang memenangi empat gelaran Piala Liga sepanjang lima musim lalu – akan mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri bertemu Liverpool.
Sebanyak 16 pasukan terbabit dalam undian untuk pusingan itu sebaik tamat pusingan ketiga awal pagi semalam – termasuk 10 pasukan Liga Perdana Inggeris.
Manchester United – yang menewaskan Aston Villa 4-2 di Old Trafford awal pagi tadi – diundi bertemu Burnley.
Newcastle yang berada pada prestasi terbaik diundi bertemu kelab lama pengendalinya Eddie Howe, Bournemouth.
Pengendali baharu Wolves, Julen Lopetegui akan bertemu kelab Liga Dua, Gillingham di laman sendiri. Ia akan menjadi perlawanan pertama untuk bekas pengendali Sepanyol itu bersama Wolves.
Southampton turut bertemu kelab Liga Dua, Lincoln City di St Mary’s.
Nottingham Forest, yang menyingkirkan Tottenham Rabu lalu, akan berdepan pesaing dari Liga Kejuaraan, Blackburn di Ewood Park.
Sementara itu, Leicester City akan bertandang ke Milton Keynes bertemu MK Dons.
Brighton – yang menyingkirkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal – akan bertandang ke Valley untuk bertemu pasukan Liga Dua, Charlton.
Pemerhati bola sepak menganggap ia adalah pertemuan tumpuan dalam kelompok 16 terakhir itu.
“Ia perlawanan tumpuan. Saya tidak rasa kedua-kedua pasukan mahukan pertembungan itu.
“Tetapi ia adalah perlawanan besar. Jika anda mahukan sesuatu, anda perlu menewaskan yang terbaik,” kata seorang pengulas bola sepak, Dion Dublin.
Perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris:
Wolves mln Gillingham
Southampton mln Lincoln
Blackburn mln Nottingham Forest
Newcastle mln Bournemouth
Manchester City mln Liverpool
Manchester United mln Burnley
Milton Keynes Dons mln Leicester
Charlton mln Brighton
– AFP