Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Pertembungan Arsenal-Man United kembali jadi tumpuan
  • SUKAN

Pertembungan Arsenal-Man United kembali jadi tumpuan

Utusan Sarawak 1 day ago
Ruben Amorim (kanan) dan Mikel Arteta. Foto fail AFP

MANCHESTER: Pertemuan antara Manchester United dan Arsenal suatu ketika dahulu dianggap sebagai antara perlawanan klasik Liga Perdana Inggeris, penuh dengan aksi keras dan pemain yang sanggup berkorban demi tiga mata. 

Kedua-dua kelab sering bersaing merebut kejuaraan domestik dan Eropah di bawah era Alex Ferguson dan Arsene Wenger.

Namun, aura pertemuan itu semakin pudar sejak beberapa musim kebelakangan, dengan zaman kegemilangan sudah lama berlalu.

United mengalami detik paling buruk musim lalu apabila menamatkan saingan di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris, pencapaian terburuk sejak 1974 ketika mereka tersingkir – sebahagiannya akibat gol belakang tumit legenda kelab, Denis Law, untuk Manchester City.

Bagaimanapun pengendali United, Ruben Amorim enggan bersembunyi di sebalik alasan. 

Dia mengakui United memerlukan satu atau dua pemain baharu di posisi penting untuk mengubah nasib kelab.

Antara sasaran utama adalah Viktor Gyokeres, bekas anak didik Amorim di Sporting yang menjaringkan 97 gol dalam 102 perlawanan dan membantu kelab itu meraih kejuaraan. 

Namun, Arsenal yang sekian lama menjejaki Benjamin Sesko, akhirnya berjaya mendapatkan tandatangan penyerang Sweden itu.

Menariknya, Sesko pula menyertai United selepas mencatat rekod 39 gol dan lapan bantuan jaringan dalam 87 aksi bersama RB Leipzig. 

Pertembungan dua penyerang berbisa itu malam ini berpotensi menentukan keputusan perlawanan, malah prestasi mereka mungkin mencorak nasib kedua-dua kelab musim ini.

Sesko sendiri pernah mendedahkan rutin uniknya: “Saya bermeditasi sekurang-kurangnya sekali sehari dan mengambil rehat secara terancang. Saya baca buku mengenai meditasi dan cuba latihan baharu. Bagi saya, ia sama pentingnya dengan latihan di padang atau gim.” 

Arsenal pula sudah tiga musim berturut-turut menamatkan saingan di tangga kedua, dan musim ini – kempen ke-100 berturut-turut mereka dalam liga utama England – dirasakan detik paling sesuai untuk merangkul kejuaraan.

Mikel Arteta memperkuat skuad dengan Gyokeres, Martin Zubimendi, Noni Madueke, Cristhian Mosquera, Christian Norgaard dan Kepa Arrizabalaga. 

United pula membawa masuk Sesko, Bryan Mbuemo, Matheus Cunha dan Diego Leon.

United bagaimanapun sudah tiga tahun tidak menewaskan Arsenal di Old Trafford, dengan kemenangan terakhir hadir pada September 2022 (3-1). 

Arsenal juga sering memberi masalah sejak itu, memenangi empat daripada lima pertemuan terakhir liga dan menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam tiga daripadanya.

Bagi perlawanan kali ini, penjaga gol United, Andre Onana masih bergelut dengan kecederaan pramusim dan mungkin diganti oleh Altay Bayindir. 

Sementara itu, Arsenal masih kehilangan Gabriel Jesus yang cedera sejak insiden tahun 2022 di Old Trafford.

Sejarah mungkin memberi sedikit kelebihan buat United.

Satu-satunya pertemuan di hari pembukaan liga antara kedua-dua pasukan di Old Trafford pada musim 1989-90 berakhir dengan kemenangan besar 4-1 untuk United.

Namun, Arsenal hadir dengan rekod cemerlang tanpa kalah dalam 14 aksi liga terakhir di tempat lawan (tujuh menang, tujuh seri), dan menang lima daripada enam perlawanan pembukaan musim, termasuk tiga musim terakhir.

United masih memiliki rekod kemenangan paling banyak pada aksi pembukaan musim (22) dan kadar kemenangan tertinggi (67%). 

Malah, jika menang malam ini, mereka akan menjadi kelab pertama dalam sejarah bola sepak England menewaskan Arsenal sebanyak 100 kali.

Tambahan pula, kejayaan di Old Trafford boleh memberi mereka dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Aston Villa pada hari terakhir musim lalu – sesuatu yang gagal dicapai sepanjang musim 2024-25 di bawah kendalian Erik ten Hag dan Amorim.

Continue Reading

Previous: Messi kembali, ledak gol bantu Miami tundukkan Galaxy
Next: 450 peserta dari 18 negara bakal gegar acara KIBTM 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.