Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertanian tingkat pendapatan penduduk
  • TEMPATAN

Pertanian tingkat pendapatan penduduk

Utusan Sarawak 5 years ago
MOHD CHEE KADIR

KABONG: Pembabitan penduduk dalam bidang pertanian merupakan langkah baik untuk meningkatkan pendapatan sekali gus membantu menjana ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong Mohd Chee Kadir berkata, penekanan terhadap pelbagai projek yang dirancang dan sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dalam sektor pertanian akan membantu meningkatkan ekonomi negeri ini.

“Sektor pertanian amat penting bukan sahaja membantu meningkat ekonomi penduduk di rumah-rumah panjang melalui pelaksanaan pelbagai projek bahkan ekonomi negeri,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Jangkauan Pengembangan Komuniti Pertanian (AgriCOP) DUN Kabong dekat sini baru-baru ini.

Chee Kadir berkata golongan petani terutamanya di Kabong ini perlu beralih kepada konsep pertanian moden bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka.

Katanya, konsep pertanian moden dengan pengeluaran hasil yang banyak akan memberi keuntungan kepada pengusahanya.

Jelasnya, antara konsep pertanian yang boleh dilaksanakan ialah pertanian secara fertigasi membabitkan Projek Sistem Tanaman Fertigasi dan penggunaan Struktur Perlindungan Hujan (SPH).

“Sistem pertanian moden bukan sahaja memudahkan pengurusan seharian bahkan boleh meningkatkan hasil pengeluaran tanaman,” ujarnya.

Pendekatan moden itu kata Chee Kadir mampu melonjakkan pengeluaran dan pemasaran produk pertanian dan penternakan selari dengan usaha Kerajaan Sarawak yang mahu menjadi negeri pengeluar makanan atau ‘food basket’.

Kerajaan Sarawak katanya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM9 juta untuk melaksanakan program pengembangan seperti ini di seluruh Sarawak.

Menurutnya, pembangunan pertanian di kawasan pedalaman perlu dilaksanakan secara berkelompok supaya pembangunan infrastruktur ladang, seperti jalan ladang dapat dilaksanakan dengan lebih  teratur, seterusnya memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke pasaran.

“Usaha ini perlu untuk mencapai visi Sarawak menjadi pengeksport makanan menjelang 2030, di samping perlu berganding bahu memainkan peranan dalam melaksanakan inisiatif kerajaan ini,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Taman D-Virtual pertama di Borneo dilancarkan
Next: Pustaka Sibu sasar 5 peratus populasi guna perkhidmatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.