Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Pertanian pintar, digitalisasi ladang fokus transformasi Sarawak
  • TEKNOLOGI

Pertanian pintar, digitalisasi ladang fokus transformasi Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
KENANGAN… Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn pada sesi taklimat dan lawatan kerja Kursus Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas anjuran Sarawak Skills Bintulu dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), baru-baru ini.

BINTULU: Pertanian Sarawak perlu bergerak meninggalkan kaedah tradisional dan beralih kepada teknologi serta pengurusan ladang berasaskan data bagi memastikan transformasi sektor itu dapat dicapai.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata masa depan pertanian menuntut penggunaan automasi, sensor dan sistem digital yang mampu meningkatkan produktiviti serta melahirkan tenaga kerja mahir yang dapat mengendalikan ladang seperti industri pintar.

“Zaman bergantung sepenuhnya kepada kaedah tradisional sudah berlalu. Ladang kita mesti beroperasi seperti industri pintar menggunakan automasi, sensor dan pengurusan digital,” katanya dalam kenyataan Sarawak Skills, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sesi taklimat dan lawatan kerja Kursus Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas anjuran Sarawak Skills Bintulu dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), baru-baru ini.

KENANGAN… Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn merakamkan gambar kenangan pada sesi taklimat dan lawatan kerja Kursus Pengurusan Teknologi Tanaman Nanas anjuran Sarawak Skills Bintulu dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), baru-baru ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pihak kerana membangunkan program yang menggabungkan teknologi pertanian, inovasi dan latihan kemahiran.

“Apabila kita bergerak di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) transformasi Sarawak sangat bergantung kepada bakat, teknologi dan latihan,” ujarnya. 

Tambah beliau, tanaman bernilai tinggi seperti nanas perlu dimajukan menerusi pendekatan lebih berteknologi.

Beliau berkata kursus tersebut bukan sahaja memperkenalkan teknik penanaman, tetapi turut merangkumi agroteknologi, kelestarian dan pengurusan perniagaan bagi membantu pekebun kecil, belia dan usahawan menambah kemahiran.

“Inisiatif ini penting dalam meningkatkan keupayaan peserta mengaplikasi pertanian pintar, menambah produktiviti melalui teknologi serta memahami rantaian nilai pertanian.

“Kerjasama pelbagai pihak diperlukan bagi membangunkan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berasaskan industri yang merangkumi teknologi digital, pertanian dan inovasi hijau,” katanya. 

Beliau turut menggesa Sarawak Skills, LPNM dan rakan industri untuk terus memperluas akses latihan kepada komuniti luar bandar, memperkukuh modul pertanian dengan penggunaan alat digital seperti Pasukan Pemerhati Interim (IOT) dan dron serta memastikan latihan memberi impak kepada kebolehkerjaan dan keusahawanan.

“Dengan menggabungkan pertanian, teknologi dan latihan kemahiran, kita dapat melahirkan rakyat Sarawak bukan sahaja sebagai tenaga kerja, tetapi sebagai inovator dan usahawan tani,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sarawak Skills, Hallman Sabri, menegaskan komitmen organisasi tersebut dalam menyokong agenda negeri melahirkan tenaga kerja yang mahir dan berteknologi tinggi.

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: SK St Alban Sungai Tapang becomes first fully digitalised government school in Kota Sentosa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.