Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertanian moden perlu dipertingkat
  • TEMPATAN

Pertanian moden perlu dipertingkat

Utusan Sarawak 5 years ago
INGIN TAHU… Datuk Francis Harden Hollis bersama rombongan dari kawasan Undop, Sri Aman ketika bersama kakitangan agensi kerajaan serta pengusaha pada program lawatan sambil belajar berkaitan sektor pertanian di Kuching baru-baru ini.

KUCHING: Minat penduduk terhadap aktiviti pertanian moden perlu dipertingkat agar tahap pembangunan ekonomi berasaskan sektor itu dapat diperkembangkan dalam penempatan mereka dari masa ke semasa.

Atas sebab itu, satu program lawatan sambil belajar telah pun diadakan ke tiga lokasi penghasilan input pertanian di sini baru-baru ini yang melibatkan seramai 25 orang Tuai Rumah dan ahli JKKK dari sekitar kawasan Ulu Undop, Sri Aman.

Sambil diketuai oleh Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis, program lawatan sambil belajat berkenaan telah dimulai dari lokasi pertamanya iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Sarawak.

Di TKPM Sarawak, kehadiran rombongan beliau dan para Tuai Rumah termasuk ahli JKKK tersebut telah pun disambut oleh Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Sarawak, pegawai serta pengusaha tanaman di situ.

Di situ kesemua peserta program termasuk Harden telah mendengar taklimat mengenai peranan dan fungsi TKPM yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Pertanian, Nur Falihin Junit.

Selesai sahaja di situ, para peserta kemudiannya dibawa melawat ke tapak tanaman Golden Rock Melon yang diusahakan oleh Eddison Chang Lii Chyuan selaku Holtikultur bagi pusat berkenaan.

Harden bersama peserta kemudiannya dibawa untuk melawat ke tapak tanaman chili secara fertigasi dengan penerangan mengenai projek itu disampaikan oleh Pengarah Urusan CDK Alfa Sendirian Berhad, Cooplay Nyipa Aji.

Di akhir sesi lawatan berkenaan, kesermua rombongan peserta program lawatan sambil belajar berkenaan telah pun menerima ‘buah tangan’ berupa tambak durian Musang King dan sos chili keluaran tempatan.

Sementara itu Harden pada program lawatan sambil belajar berkenaan berharap agar para peserta dapat menyebar manfaat dan kepentingan aktiviti pertanian moden terhadap penduduk di kawasan masing-masing kelak.

“Tindakan para peserta ini nanti mungkin akan dapat menambah minat para penduduk untuk melaksanakan aktiviti pertanian moden berskala besar atau sekadar hobi waktu lapang di tanah masing-masing.

“Jika aktiviti itu dilakukan dengan betul maka hasilnya nanti pasti lumayan. Justeru libatkan diri dalam aktiviti pertanian moden demi mempertingkat taraf sosio ekonomi isi rumah,” kata beliau.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: TVS fokus kreativiti, industri
Next: Taman D-Virtual pertama di Borneo dilancarkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.