Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan Zikir Marhaban dan Berzanji serlahkan keindahan tradisi Islam di Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Pertandingan Zikir Marhaban dan Berzanji serlahkan keindahan tradisi Islam di Lawas

Utusan Sarawak 11 hours ago
JOHAN ZIKIR…Awang Tengah menyampai hadiah kepada johan zikir marhaban dan berzanji peringkat Daerah Lawas kepada Zaonoren Awang Said daripada Masjid Besar Lawas

LAWAS: Pertandingan zikir marhaban dan berzanji merupakan tradisi masyarakat Islam di negeri ini yang wajar dipelihara.

Program zikir marhaban dan berzanji membantu mendekatkan masyarakat Islam dengan sosok mulia junjungan Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, menegaskan bahawa pertandingan seperti ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai satu cara memperingati dan memuji anugerah besar yang diberikan Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat Islam dan alam.

“Ia bukan sekadar acara seni suara, tetapi sebuah wadah dakwah yang mendidik jiwa dengan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

“Program ini mendekatkan masyarakat dengan kisah hidup Baginda, akhlak mulia serta pengorbanan yang tidak ternilai,” katanya pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah pertandingan zikir marhaban dan berzanji peringkat Daerah Lawas di Stadium Tertutup Lawas malam tadi.

PENGLIBATAN WANITA…Dato Dayang Morliah turut menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori zikir marhaban wanita.

Awang Tengah menjelaskan, berzanji mengingatkan kita tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW sejak kelahiran sehingga perjuangan Baginda menyebarkan Islam manakala marhaban pula merupakan nyanyian pujian yang menyemarakkan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.

“Ia membina suasana harmoni, menyatukan hati-hati yang hadir, serta memperkuatkan silaturahim dalam masyarakat,” tambah beliau.

Dalam majlis sama, beliau menggesa umat Islam untuk terus mencontohi keperibadian mulia Nabi Muhammad SAW dan para sahabat Baginda.

Sebelas pasukan dari surau dan masjid di Daerah Lawas menyertai pertandingan tersebut.

Turut hadir pada majlis itu, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Latip, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, serta kenamaan tempatan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Maulidur Rasul di Lawas, budaya ‘hidup sekampung’ terus diperkukuh
Next: Tapak baharu dicari, Gereja BEM Sungai Bakas bakal dibina semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.