Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertandingan tradisi, ‘lombak colop’ diadakan malam Sabtu, Ahad ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Pertandingan tradisi, ‘lombak colop’ diadakan malam Sabtu, Ahad ini

Utusan Sarawak 2 months ago
IMBAS KEMBALI… Pertandingan Lombak Colop Edisi Ke-2 Kampung Muhibbah Simanggang yang dianjurkan pada tahun lalu. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Belia Kampung Muhibbah Zon Tengah Simanggang akan menganjurkan Pertandingan Lombak Colop Edisi Ke-3 bersempena sambutan 7 Likur, Sabtu dan Ahad ini bermula 9.00 malam.

Menurut pengerusi penganjur, Mas Nur Ashraf, pertandingan tradisi ini terbuka kepada semua pasukan terutamanya dari Bahagian Sri Aman.

“Pertandingan lombak colop ini akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori terbuka, dan kategori 15 tahun ke bawah.

“Pihak kita tidak mengehadkan jumlah pasukan bagi penyertaan kedua-dua kategori ini, ia adalah terbuka” katanya.

Mas Nur Ashraf, berkata setiap pasukan perlu menyenaraikan seramai empat orang peserta bagi melayakkan pasukan mengikuti pertandingan ini.

“Yuran penyertaan bagi kategori terbuka adalah sebanyak RM40 dan bagi kategori 15 tahun tahun ke bawah akan dikenakan sebanyak RM30,” katanya.

Katanya hadiah lumayan bakal menanti kepada pemenang kedua-dua kategori yang dipertandingkan itu dan tarikh tutup penyertaan adalah pada Sabtu ini, sebelum 8.00 malam.

Selain pertandingan lombak colop, turut diadakan pertandingan dart double dan karom double terbuka yang akan bermula malam ini dan malam esok.

“Pertandingan dart double dan karom double ini adalah juga terbuka kepada pasukan dari sekitar Bahagian Sri Aman yang ingin menyertainya.

“Yuran penyertaan bagi pertandingan dart double iaitu RM25 untuk satu pasukan dan karom double pula akan dikenakan RM20 bagi setiap penyertaan,” ujarnya.

Justeru, kepada mana-mana pasukan yang ingin menyertai ketiga-tiga pertandingan ini hendaklah menghubungi urusetia beliau, Mas Nur Ashraf di talian 011-15844186.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Luangkan masa dekati rakyat
Next: 10 warga SJKC Yong Seng terperangkap banjir diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.