Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pertandingan Tarian Singa perkukuh warisan seni dan semangat berpasukan
  • TEMPATAN

Pertandingan Tarian Singa perkukuh warisan seni dan semangat berpasukan

Utusan Sarawak 3 hours ago
UCAPAN….Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakil Dato’ Sri Huang Tiong Sii berucap pada majlis penutupan Kejohanan Tarian Singa Selatan Tradisional Sarikei 2025.

SARIKEI: Kejohanan Tarian Singa Selatan Tradisional Sarikei 2025 menuntut komitmen tinggi, disiplin serta semangat berpasukan daripada setiap peserta.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata ia diangkat sebagai simbol ketekunan budaya, memperlihatkan gabungan seni mempertahankan diri dan kesenian yang menjadi teras nilai masyarakat.

“Keunikan seni ini diserlahkan sepanjang dua hari ini yang menghimpunkan 21 pasukan dari Kuching hingga Bintulu, sekali gus menunjukkan sambutan yang semakin meningkat terhadap seni warisan ini.

“Tarian singa bukan sekadar persembahan budaya, tetapi mengandungi nilai murni seperti ketekunan, keberanian, disiplin dan kerjasama yang penting dalam pembentukan karakter generasi muda.

“Setiap gerakan dalam tarian singa adalah hasil latihan berulang kali, mencerminkan bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha gigih dan kerja berpasukan,” katanya.

BERSEMANGAT….Antara pasukan yang menyertai Kejohanan Tarian Singa Selatan Tradisional Sarikei 2025.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Kejohanan Tarian Singa Selatan Tradisional Sarikei 2025 menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Penghulu Huang Tiong Kang selaku wakilnya, bertempat di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu, malam tadi.

Tiong Sii turut memuji kesungguhan pasukan yang bertanding selama dua hari, sambil menekankan bahawa setiap peserta memainkan peranan penting dalam memelihara seni warisan yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

“Para peserta bukan sahaja pewaris budaya, tetapi pengembang seni warisan yang memastikan tradisi ini terus dihargai dan berkembang dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Sebagai komitmen berterusan terhadap perkembangan seni budaya, beliau turut mengumumkan peruntukan RM10,000 kepada penganjur iaitu Persatuan Buddha Ortodoks Sarikei bagi menyokong penganjuran dan kesinambungan pertandingan ini pada masa akan datang.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jambatan baharu Sebauh kini di fasa akhir, dibuka 4 Disember
Next: Pasukan A Persatuan E-Xin Bintulu Ungguli Kejohanan Tarian Singa Sarikei 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.