Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pertandingan Poster Keamanan Lions 2025-2026 serlah bakat seni pelajar muda
  • PENDIDIKAN

Pertandingan Poster Keamanan Lions 2025-2026 serlah bakat seni pelajar muda

Utusan Sarawak 3 days ago
TAHNIAH…. Lee (lima kiri) menyampaikan hadiah johan Pertandingan Poster Keamanan 2025-2026 SM Wong Nai Siong, Jeffery Ong (enam kanan). Turut disaksikan oleh Tie (empat kiri), Wong (lima kanan), Lu (tiga kanan) serta yang lain.

SIBU: Pertandingan Poster Keamanan 2025-2026 anjuran Kelab Lions Antarabangsa di Sekolah Menengah (SM) Wong Nai Siong menjadi landasan untuk pelajar berusia 11 hingga 13 tahun menzahirkan mesej keamanan melalui karya seni.

Gabenor Daerah Kelab Lions Antarabangsa 308-A2 Dato Winnie Lee Siew Ping berkata, acara berkenaan sebagai detik bermakna yang menggabungkan seni dan mesej keamanan sejagat.

Menurutnya, pertandingan yang telah dianjurkan sejak empat dekad lalu menyediakan pentas antarabangsa kepada puluhan ribu belia di seluruh dunia untuk mengekspresikan pandangan serta harapan mereka terhadap masa depan manusia sejagat.

“Pertandingan ini bukan sekadar persaingan, tetapi ruang dialog merentas sempadan yang membolehkan minda muda menyampaikan harapan mereka untuk dunia yang lebih baik,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian hadiah.

Katanya, tema tahun ini, bersatu sebagai satu, Lee adalah selaras dengan semangat pengasas sekolah, Wong Nai Siong, yang percaya penyatuan ideal dan usaha bersama mampu mencipta keajaiban.

“Setiap karya mencerminkan pemikiran dan pandangan tentang keamanan serta dunia inklusif.

“Ada lukisan menggambarkan pelbagai kaum bergembira bersama, ada pula yang melukiskan keharmonian antara manusia dan alam. Semuanya membawa mesej sama, apabila kita bersatu, dunia menjadi lebih baik,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kelab Lions Sibu Pahlawan atas komitmen berterusan menganjurkan pertandingan ini serta penajaan hadiah yang lumayan. 

“Bagi semua pelajar yang menyertai pertandingan ini, sama ada menang atau tidak, anda sudah pun menyampaikan mesej keamanan melalui karya seni anda. Anda ialah duta harapan masa depan,” kata beliau.

Pada majlis tersebut, Jefferey Ong Zhen Ann diumumkan johan Pertandingan Poster Keamanan 2025-2026 SM Wong Nai Siong, diikuti Loh Kim Chuan di tempat kedua dan Chieng En Ya mendapat tempat ketiga.

Turut hadir Naib Gabenor Daerah Kelab Lions Antarabangsa 308-A2 Dato Jimmy Ti, Presiden Kelab Lions Sibu Pahlawan James Wong dan Pengetua Lu Yew Hiing.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: UTS capai sasaran 5,000 pelajar lebih awal, satu pencapaian membanggakan
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi Unimas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.